marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Saturday, March 3, 2012

ALHAMDULILLAH..LIMA TAHUN SUDAH KU bergelar seorang isteri dan ibu

Tanggal 01.03.2007 ibu selamat dinikahkan...kini genap 5 tahun ibu dan ayah bergelar suami isteri..pelbagai onak duri dilalui..berbagai ragam diketahui dan bermacam yang dipelajari..5 tahun berlalu bagai sekelip mata bila sampai masanya..5 tahun ibu bergelar seorang isteri dan 5 tahun jugalah ibu bergelar seorang ibu..Jika KAK LONG masih umurnya panjang, tahun ini genap umurnya 5 tahun dan mungkin akan ibu hantar ke tadika pra persekolahan..tak sangka sangat muda-muda, anak dah sekolah kan..hihi..apapun semua tu kenangan..ibu tahu ibu mengandungkan aruah setelah 2 bulan ibu dan ayah bernikah. nikah awal bulan 3 Due Date bersalin hujung bulan 11.oRang-orang tua kata ibu bunting pelamin..ada sedikit rasa terkejut tapi juga tak sabar menantikan cahaya mata sulung kami.Tapi biasalah bila kita ni orang muda kahwin,dahtu terus mengandung, pelbagai andaian orang sekeliling.."konon ibu ngandung sebelum nikahlah tu pasai nikah awal"..sakit hati jugak bila dengar cerita yang diperhebohkan..tapi apa nak buat,mulut orang..padahal bukti depan mata.,kalau ikutkan ibu ada majlis KHATAM QURAN sehari sebelum nikah tapi terpaksa dibatalkan sebabnya ibu masih dalam HAID.DAN juga PERNIKAHAN YANG SEPATUTNYA DIBUAT di MASJID besar ditukarkan ke surau.Hampir semua sahabat-sahabat opah a.k.a mak ibu tahu pasal ni..sebab diorang nak wat marhaban selepas ibu khatam tu.Tapi tak sangka yang membawa mulut pun adalah di kalangan orang-orang itu..takpe..ibu hanya redhokan mulut-mulut berhati busuk tu berkata masa tu.
..Alhamdulillah anak sulung ibu dan ayah,juga cucu sulung kedua-dua pihak..lahir dengan begitu sempurna,sangat senang,senang dijaga,malah sungguh tenang anak ibu pergi...AL FATIHAH..ibu sentiasa merinduimu sayang..hati ibu takkan pernah berhenti merinduimu..SHARIFAH QISTINA..

TERIMA KASIH WAHAI SUAMIKU YANG TERSAYANG KERANA MASIH DI SISIKU HINGGA SAAT INI..

5 TAHUN PERKAHWINAN KU BERGELAR SEORANG ISTERI DAN SEORANG IBU KEPADA 3 0RANG PUTERI ..SEORANG MENANTI DI PINTU SYURGA,,INSYAALLAH,..DUA PUTERI MASIH DI SISI..





No comments :

Post a Comment

MaRI-mAri