marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Saturday, July 28, 2012

ANAKku mENINGGAL SECARA MENGEJUT..

ASSALAMUALAIKUM..tAJUK harini..amat memilukan semua para wanita di luar sana..
Ibu QisQas terbaca satu luahan ibu yang baru kematian seorang anak yang umurnya menghampiri 7 bulan.Stok EBM masih banyak dan susu di badan juga masih boleh diperah..
Luahan itu membuatkan ibu terkenang kembali detik-detik genap 4 tahun yang lepas.. Di kala ibu kehilangan puteri sulung ibu di umur nya 8 bulan 3 hari..AL FATIHAH..

Ibu mana yang tak sedih jika kehilangan anak yang dikandung.yang sudah dijaga rapi..tak kisah lah apapun situasi .Jika seorang ibu itu kematian anakknya ianya tetap memilukan..
Ibu QisQas juga bukan kuat orangnya.tetapi adanya suami dan keluarga disisi membuatkan ibu lebih tabah menghadapi dugaan tu.. ibu coretkan kembali kisah di hari kejadian..

Di MALAM 21 julai 2008..
 Sharifah Qistina menangis tak berhenti-henti di malam itu..kedengaran bunyi bergolek-golek di atas bumbung di bilik tidur kami.. Menyusu badan pun dia taknak.Hati ibu menjadi tak tenang. Mula berfikir yang bukan-bukan."apa bunyi-bunyi tu ada kaitan dengan anak ke?'.Ayah menafikan sekerasnya apa yang ibu fikirkan...Ayah pada masatu demam selesema.dia makan ubat yang membuatkan dia mamai.dan dia terus tido.Sebelum itu SHARIFAH QISTINA dimarahi ayah kerana nak sangat bermain dengan ayah nya.suka sangat bergolek-golek di atas perut ayah..ayah melarang kerana takut SHARIFAH QISTINA terkena jangkitan selesema ayah.

Jam menghampiri tengah malam.MIL(ibu mertuaku) mengetuk pintu bilik kami.(masa tu ibu tinggal di rumah ayah dan ibu mertua) Beliau terus membawa turun SHARIFAH QISTINA..ibu pun ikut serta.
Di ruang tamu rumah tangisan SHARIFAH QISTINA berhenti..Dia makin rancak menunjukkan pada ibu dan opah(MIL) yang dia sudah pandai berjalan..Dua tiga tapak jatuh.Ibu dan opah duduk bertentaNGAN sambil mengagah DIA berjalan..Jam hampir pukul satu ibu terus minta izin tidur sebab keesokannya nak kerja.
Sharifah Qistina masih ceria..
Naik bilik ibu terus kunci jam pukul 2.30 pagi.takut-takut jika sharifah Qistina nak demam ke.
Akhirnya Sharifah Qistina tidur tanpa disusukan.mungkin letih bermain di bawah tadi..

Tiba-tiba ibu tersentak.terbangun dari tidur.ibu mencari SHARIFAH QISTINA. ibu terkejut.MElihat wajah anak ibu menjadi pucat dan sejuk bila dipegang.Beberapa minit kemudian jam yang dikunci ibu berbunyi. 
IBU Terus kejutkan ayah.AYAH terkejut melihat SHARIFAH QISTINA.ayah terus berlari kebilik Opah dan atuk sambil menjerit-jerit dan menangis " anak along ma.Anak along..".

AYAH MERTUAKU TERUS MEMBAWA KAMI SEGERA KE HOSPITAL.Hospitalnya sangat dekat dengan perumahan kami tetapi terasa jauh..
entah kenapa jalan di awal pagi hari itu sangat banyak kereta..
DI dalam kereta ibu membaca ayat-ayat Quran bagi menenangkan hati.IBU bisikkan di telinga Sharifah Qistina.."sayang bangunlah..Ibu sayang Qistina."sehingga ibu sanggup mintak tukar ganti dengan nyawa ibu jika apa-apa terjadi..Ibu MErayu-rayu MEmohon kepada ALLAH pada masa itu.

Sampai di hospital bahagian kecemasan.-
Doktor melakukan apa yang sepatutnya.Nyawa anak ibu masih ada.Tertera jelas di monitor pernafasan.Ketika itu staf hospital menghalau ibu duduk menunggu.Tetapi dengan sekeras hati ibu Ibu tekad nak berdiri dekat dengan anak ibu."Ini anak saya.saya nak tengok dia!" Ibu menjawab dengan sekeras ati..

Ayah meraung-raung di ruang menunggu.."KAlau along tau along tak marah anak.along main dengan dia ma" terdengar kuat suara suami ibu meraung-raung disisi Ibunya(opah)

HAmpir 1jam lebih tepat 3.30 pagi 22 julai 2008
doktor mengesahkan anak kami tidak dapat diselamatkan..Lembik lutut ibu dan ibu terus rebah disisi sharifah qistina..
"ANAK KAMU DIDAPATI SIHAT TUBUH BADANNYA-TIADA APA YANG DAPAT DIKESAN .CUMA BERKEMUNGKINAN UDARA PERNAFASANNYA GAGAL KE OTAK."

atas sebab itu doktor ingin membuat POST MORTEM..tidak..kami sekeluarga tidak membenarkan.Tidak sanggup rasanya nak lihat anak kecil itu dibelah-belah..Biarlah. Kami mendapat kelulusan dari pihak polis untuk tidak melakukan POST MORTEM.Salah satu sebab kerana anak kami bukan dijaga oleh orang luar ataupun pusat jagaan.anak kami dijaga ibu mertuaku.Beliau menatang penuh anakku yang juga cucu sulung di dalam keluarga.
Ibu dan opah duduk disisi aruah Sharifah Qistina yang terbujur kaku..Kalaulah tiba-tiba anak ibu sedar..
IBU mengusap-ngusap rambut.mencium-cium berulang kali tanpa titisan air mata ..bila menangis ibu cuba sapu secepat yang mungkin.Ibu menjadi berani dan tabah pada masa itu.
Mungkin kerana melihat suami / ayah terlalu lemah. dan menangis tanpa henti pada masa itu

Selepas itu nurse memaksa jenazah anak ibu diberikan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam peti ais..YA ALLAH.betapa sebaknya hati ibu .ibu  melarang tetapi tiada sokongan kuat pada masa itu.hanya tinggal ibu bersama opah di sisi aruah.

ibu menangis di pintu tempat simpanan jenazah yang disejuk bekukan..
 'kenapa kita tak boleh pegang je mama?'ibu suarakan pada opah.
opah turut sama menangis.

setelah kelulusan pihak polis sampai jenazah akan dimandikan terus di hospital itu.Jenazah anak ibu dimandikan seorang ustazah.Di masa itu ibu turut disisi anak ibu. Kalau ikutkan ibu akan pening dan rasa nak muntah bila terbau minyak kapur barus.tetapi pada hari itu itu adalah bau yang amat wangi pada masa itu..
sangat comel anak ibu SHARIFAH Qistina dipakaikan kain kapan menyerupai memakai tudung.sangat bersih dan tenang wajah puteri ibu..

Kami bawa jenazah pulang kerumah sesudah solat jenazah di hospital.Ramai yang merungut.kenapa dah solat tanpa diberitahu semua.Rupa-rupanya sangat ramai menunggu di rumah ketika itu.Yang majoritinya adalah rakan-rakan ayah yang datang dari puchong ke kajang.saudara mara teramatlah ramai pada masa itu..
Kalau dilihat orang mesti ingat ada kenduri besar..Memang ramai yang menunggu di rumah.
Ibu ingat walau sekilas pandang pada masa itu.

JENAZAH DILETAKKAN DI ATAS TILAM KEKABU YANG DIBELI KHAS UNTUK DIRINYA..Semua saudara mara yang hadir memberikan ciuman terakhir sebelum ke tanah perkuburan.

Ibu masih kuat berdiri..Di perjalanan ke tanah perkuburan kami( ayah dan ibu) memeluk erat jenazah di sisi.Pada mulanya kami disarankan menaiki kereta orang lain tetapi ayah berkeras nak kan kami menaiki kereta ayah yang dibeli khas untuk kepentingan Sharifah Qistina yang baru beberapa bulan dibeli.Kami duduk di tempat duduk belakang sambil memeluk jenazah.

Sampai di tanah perkuburan .yang pada masa itu masih lapang dan banyak ruang kosong di bahagian atas(berbukit menurun). ibu tetap teguh berdiri di sisi jenazah.kubur yang siap digali telah disediakan.mereka mula mengambil Jenazah anak ibu //SHARIFAH QISTINA dari tangan kami.ayah menangis..Ibu hanya melihat..TAnpa ibu sedar ibu hampir masuk kedalam liang lahad tersebut kerana pengsan apabila melihat jenazah anak ibu dikambuskan tanah. mujurlah Ibu sempat disambut..

SELESAI BACAAN TALKIN.IBU TERUS TAK INGAT KEJADIAN SETERUSNYA.
Yang ibu tahu.seminggu lebih ibu tidak hadir bertugas kerana meracau dan menangis. itupun diberitahu baru ibu tahu.. :-)
IBU kuat pada mulanya tetapi tidak kuat pada akhirnya...

 Bila kena marah sikit je ibu sensitif.Bila tengok anak kecik orang lain je ibu sensitif..menangis je masa tu..Gambar aruah sentiasa dipegang disisi.sentiasa bercakap dengan gambar.Rasa macam dah jadi gila jer pada masa tu.Dan membuatkan lagi sedih susu ibu masih ada mengalir dan banyak tapi alhamdulillah tiada kesan negatif kepad ibu yang terjadi masa itu..

RAYA menjelang pada tahun itu membuatkan ibu sebak.Baju raya yang telah ditempah sedondon untuk ARUAH sangat comel.Tukang jahit tu memberi tanpa bayaran dikenakan."takkan lah akak nak caj baju ni lagi.rasanya baru je lagi akak jumpa aruah kan.akak bagi jelah kamu.dah siap pun.gunalah untuk adik-adik nya nanti"
di waktu ibu memberitahu kematian anak ibu baju itu telah pun siap di jahit dengan sempurna.
siapa kita yang tahu apakan jadi akan datang walau telah kita rancang..

KEPADA IBU-IBU DI LUAR SANA .TABAHKANLAH HATI KAMU.TERUSKAN HIDUP KAMU.TETAPI JANGAN SESEKALI KAMU LUPA KEPADA ANAK KAMU YANG TELAH PERGI.SEBAB ARUAH LAH URUSAN KITA MENUJU KE SYURGA MUNGKIN AKAN DIPERMUDAHKAN..INSYALLAH..


6 comments :

  1. sebenarnya ayah pun terkesan dengan kematian anak..cuma si ayah akan lebih menagis di dalam hati..sebab si ayah terlalu sayangkan anak sehingga tiada air mata untuk dititiskan..ini pengalaman saya yang kehilangan 2 anak kecil...muhammad aqil yusuf 11bulan dan muhammad aqil rayyan 1hari...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ayah pun terkesan dengan kematian anak..cuma si ayah akan lebih menagis di dalam hati..sebab si ayah terlalu sayangkan anak sehingga tiada air mata untuk dititiskan..ini pengalaman saya yang kehilangan 2 anak kecil...muhammad aqil yusuf 11bulan dan muhammad aqil rayyan 1hari...

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada pengalaman yg sama...anak meninggal tiba2 masa umur 88 hari pd 3/11/16. Rasa gelap dunia..jd haru biru juga. Sentiasa teringatkan dia. Tak bleh dok sorang..menangis. mcm nak gila rasa. Cuma mampu kuatkan diri dan ckp kat diri sendiri...tuhan lebih sygkan dia. Menangis airmata darah sekali pun...dia tak akan kembali. Redha...tp skit sgt rasa. Rindu sgt. Pun sama...tak bleh tgk baby org lain...rasa sayu. Hanya tuhan yg tahu...betapa hebatnya ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  4. Saya pun baru kehilangan anak lelaki berusia 17thn pada 16 Okt 2016 akibat kemalangan jlnraya 3 mggu sblm pperiksaan SPM baru2 ni..mmg rasa hampir putus asa dan bagai hilang separuh nyawa dgn kehilangan mengejut spt ini. Plg sedih seminggu sebelum meninggal arwah ada bgtau saya x nak ambil spm tahun ni dan saya marah sgt2 pada dia ingatkan dia sengaja malas bljr..rupa2nya arwah dh rasa beliau nk pergi tinggalkan dunia ini selama2nya..saya masih lg simpan bbrp helai baju arwah yg masih ada bau badannya dan akan mencium baju arwah bila rindu padanya..Allahurabbi..dh 2 bln lebih airmata saya belum kering bila teringatkan segala2nya tntg arwah.al fatihah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum puan... Subhanallah begitu besar sekali nikmat yang Allah berikan... saya juga baru kehilangan anak syurga saya... berbeza dengan puan yang pergi mengejut,arwah anak saya pula memang dari lahir sudah di sahkan menghidap CHD,walaupun awal2 lagi sudah cuba mempersiapkan mental untuk menghadapi masanya tapi hakikatnya betul2 pahit sampaikan masa arwah di kafankan saya berharap sangat yang dia bangun kembali,sesungguhnya saya betul2 belum bersedia kehilangan dia tapi siapa lah kita ini untuk menghalang yang akan terjadi,salam sayang untuk puan semoga dengan perkongsian ini dapat mengurangkan sebak di hati

    ReplyDelete

MaRI-mAri