marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting
Showing posts with label ARUAH anakku. Show all posts
Showing posts with label ARUAH anakku. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Anak-anak ibu yang semakin MEMBESAR

ALHAMDULILLAH sudah menghampiri ke penghujung tahun 2012..
Ibu sudah berusia 26 Tahun.Ayah sudah berumur 30 tahun.Aruah kak LONG SHARIFAH QISTINA sudah 4 tahun meninggalkan ibu.Jika panjang umurnya sudah berumur 5 tahun..Kak  Ngah SHARIFAH NAYLI QASRINA sudah 3 tahun 7 bulan.Adik SHARIFAH AUNI QASDINA sudah 1 tahun 2bulan..

sungguh cepat masa berlalu kan...anak-anak ibu semakin membesar.pelbagai ragam dan aksi yang baru dari hari ke hari yang lain..

kak nGAH semakin bijak berkata-kata ,menghafal segala macam lagu dari pelbagai Dvd pembelajaran dan dari TAB..dan juga lagu korea dari laptop acu nya..,,musim korea..ibu tahu tup tup sharifah nayli tunjuk demo menari ala korea.nak marah tapi tengok jadi lucu..kecuali gangnam yer yg itu ibu tak boleh terima.semua ibu marah sebab bagi anak ikut dan tiru..terkangkang kangkang.ingat cantikke anak dara ibu menari gaya tu..hishh..

Adik semakin ligat. sangat lasak.berpaling sekejap je dah hilang.bagai nak gugur rasa jantung ibu..
berjalan masa umur 9bulan.tumbuh gigi masa umur 10 bulan.pandai tunjuk dan bagi isyarat macam-macam tapi lambat bercakap pula..apapun ibu tahu adik budak yang sangat cerdik..


semoga kami berbahagia hingga akhir hayat jika diizinkan ALLAH..

INSYAALLAH..



Saturday, July 28, 2012

ANAKku mENINGGAL SECARA MENGEJUT..

ASSALAMUALAIKUM..tAJUK harini..amat memilukan semua para wanita di luar sana..
Ibu QisQas terbaca satu luahan ibu yang baru kematian seorang anak yang umurnya menghampiri 7 bulan.Stok EBM masih banyak dan susu di badan juga masih boleh diperah..
Luahan itu membuatkan ibu terkenang kembali detik-detik genap 4 tahun yang lepas.. Di kala ibu kehilangan puteri sulung ibu di umur nya 8 bulan 3 hari..AL FATIHAH..

Ibu mana yang tak sedih jika kehilangan anak yang dikandung.yang sudah dijaga rapi..tak kisah lah apapun situasi .Jika seorang ibu itu kematian anakknya ianya tetap memilukan..
Ibu QisQas juga bukan kuat orangnya.tetapi adanya suami dan keluarga disisi membuatkan ibu lebih tabah menghadapi dugaan tu.. ibu coretkan kembali kisah di hari kejadian..

Di MALAM 21 julai 2008..
 Sharifah Qistina menangis tak berhenti-henti di malam itu..kedengaran bunyi bergolek-golek di atas bumbung di bilik tidur kami.. Menyusu badan pun dia taknak.Hati ibu menjadi tak tenang. Mula berfikir yang bukan-bukan."apa bunyi-bunyi tu ada kaitan dengan anak ke?'.Ayah menafikan sekerasnya apa yang ibu fikirkan...Ayah pada masatu demam selesema.dia makan ubat yang membuatkan dia mamai.dan dia terus tido.Sebelum itu SHARIFAH QISTINA dimarahi ayah kerana nak sangat bermain dengan ayah nya.suka sangat bergolek-golek di atas perut ayah..ayah melarang kerana takut SHARIFAH QISTINA terkena jangkitan selesema ayah.

Jam menghampiri tengah malam.MIL(ibu mertuaku) mengetuk pintu bilik kami.(masa tu ibu tinggal di rumah ayah dan ibu mertua) Beliau terus membawa turun SHARIFAH QISTINA..ibu pun ikut serta.
Di ruang tamu rumah tangisan SHARIFAH QISTINA berhenti..Dia makin rancak menunjukkan pada ibu dan opah(MIL) yang dia sudah pandai berjalan..Dua tiga tapak jatuh.Ibu dan opah duduk bertentaNGAN sambil mengagah DIA berjalan..Jam hampir pukul satu ibu terus minta izin tidur sebab keesokannya nak kerja.
Sharifah Qistina masih ceria..
Naik bilik ibu terus kunci jam pukul 2.30 pagi.takut-takut jika sharifah Qistina nak demam ke.
Akhirnya Sharifah Qistina tidur tanpa disusukan.mungkin letih bermain di bawah tadi..

Tiba-tiba ibu tersentak.terbangun dari tidur.ibu mencari SHARIFAH QISTINA. ibu terkejut.MElihat wajah anak ibu menjadi pucat dan sejuk bila dipegang.Beberapa minit kemudian jam yang dikunci ibu berbunyi. 
IBU Terus kejutkan ayah.AYAH terkejut melihat SHARIFAH QISTINA.ayah terus berlari kebilik Opah dan atuk sambil menjerit-jerit dan menangis " anak along ma.Anak along..".

AYAH MERTUAKU TERUS MEMBAWA KAMI SEGERA KE HOSPITAL.Hospitalnya sangat dekat dengan perumahan kami tetapi terasa jauh..
entah kenapa jalan di awal pagi hari itu sangat banyak kereta..
DI dalam kereta ibu membaca ayat-ayat Quran bagi menenangkan hati.IBU bisikkan di telinga Sharifah Qistina.."sayang bangunlah..Ibu sayang Qistina."sehingga ibu sanggup mintak tukar ganti dengan nyawa ibu jika apa-apa terjadi..Ibu MErayu-rayu MEmohon kepada ALLAH pada masa itu.

Sampai di hospital bahagian kecemasan.-
Doktor melakukan apa yang sepatutnya.Nyawa anak ibu masih ada.Tertera jelas di monitor pernafasan.Ketika itu staf hospital menghalau ibu duduk menunggu.Tetapi dengan sekeras hati ibu Ibu tekad nak berdiri dekat dengan anak ibu."Ini anak saya.saya nak tengok dia!" Ibu menjawab dengan sekeras ati..

Ayah meraung-raung di ruang menunggu.."KAlau along tau along tak marah anak.along main dengan dia ma" terdengar kuat suara suami ibu meraung-raung disisi Ibunya(opah)

HAmpir 1jam lebih tepat 3.30 pagi 22 julai 2008
doktor mengesahkan anak kami tidak dapat diselamatkan..Lembik lutut ibu dan ibu terus rebah disisi sharifah qistina..
"ANAK KAMU DIDAPATI SIHAT TUBUH BADANNYA-TIADA APA YANG DAPAT DIKESAN .CUMA BERKEMUNGKINAN UDARA PERNAFASANNYA GAGAL KE OTAK."

atas sebab itu doktor ingin membuat POST MORTEM..tidak..kami sekeluarga tidak membenarkan.Tidak sanggup rasanya nak lihat anak kecil itu dibelah-belah..Biarlah. Kami mendapat kelulusan dari pihak polis untuk tidak melakukan POST MORTEM.Salah satu sebab kerana anak kami bukan dijaga oleh orang luar ataupun pusat jagaan.anak kami dijaga ibu mertuaku.Beliau menatang penuh anakku yang juga cucu sulung di dalam keluarga.
Ibu dan opah duduk disisi aruah Sharifah Qistina yang terbujur kaku..Kalaulah tiba-tiba anak ibu sedar..
IBU mengusap-ngusap rambut.mencium-cium berulang kali tanpa titisan air mata ..bila menangis ibu cuba sapu secepat yang mungkin.Ibu menjadi berani dan tabah pada masa itu.
Mungkin kerana melihat suami / ayah terlalu lemah. dan menangis tanpa henti pada masa itu

Selepas itu nurse memaksa jenazah anak ibu diberikan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam peti ais..YA ALLAH.betapa sebaknya hati ibu .ibu  melarang tetapi tiada sokongan kuat pada masa itu.hanya tinggal ibu bersama opah di sisi aruah.

ibu menangis di pintu tempat simpanan jenazah yang disejuk bekukan..
 'kenapa kita tak boleh pegang je mama?'ibu suarakan pada opah.
opah turut sama menangis.

setelah kelulusan pihak polis sampai jenazah akan dimandikan terus di hospital itu.Jenazah anak ibu dimandikan seorang ustazah.Di masa itu ibu turut disisi anak ibu. Kalau ikutkan ibu akan pening dan rasa nak muntah bila terbau minyak kapur barus.tetapi pada hari itu itu adalah bau yang amat wangi pada masa itu..
sangat comel anak ibu SHARIFAH Qistina dipakaikan kain kapan menyerupai memakai tudung.sangat bersih dan tenang wajah puteri ibu..

Kami bawa jenazah pulang kerumah sesudah solat jenazah di hospital.Ramai yang merungut.kenapa dah solat tanpa diberitahu semua.Rupa-rupanya sangat ramai menunggu di rumah ketika itu.Yang majoritinya adalah rakan-rakan ayah yang datang dari puchong ke kajang.saudara mara teramatlah ramai pada masa itu..
Kalau dilihat orang mesti ingat ada kenduri besar..Memang ramai yang menunggu di rumah.
Ibu ingat walau sekilas pandang pada masa itu.

JENAZAH DILETAKKAN DI ATAS TILAM KEKABU YANG DIBELI KHAS UNTUK DIRINYA..Semua saudara mara yang hadir memberikan ciuman terakhir sebelum ke tanah perkuburan.

Ibu masih kuat berdiri..Di perjalanan ke tanah perkuburan kami( ayah dan ibu) memeluk erat jenazah di sisi.Pada mulanya kami disarankan menaiki kereta orang lain tetapi ayah berkeras nak kan kami menaiki kereta ayah yang dibeli khas untuk kepentingan Sharifah Qistina yang baru beberapa bulan dibeli.Kami duduk di tempat duduk belakang sambil memeluk jenazah.

Sampai di tanah perkuburan .yang pada masa itu masih lapang dan banyak ruang kosong di bahagian atas(berbukit menurun). ibu tetap teguh berdiri di sisi jenazah.kubur yang siap digali telah disediakan.mereka mula mengambil Jenazah anak ibu //SHARIFAH QISTINA dari tangan kami.ayah menangis..Ibu hanya melihat..TAnpa ibu sedar ibu hampir masuk kedalam liang lahad tersebut kerana pengsan apabila melihat jenazah anak ibu dikambuskan tanah. mujurlah Ibu sempat disambut..

SELESAI BACAAN TALKIN.IBU TERUS TAK INGAT KEJADIAN SETERUSNYA.
Yang ibu tahu.seminggu lebih ibu tidak hadir bertugas kerana meracau dan menangis. itupun diberitahu baru ibu tahu.. :-)
IBU kuat pada mulanya tetapi tidak kuat pada akhirnya...

 Bila kena marah sikit je ibu sensitif.Bila tengok anak kecik orang lain je ibu sensitif..menangis je masa tu..Gambar aruah sentiasa dipegang disisi.sentiasa bercakap dengan gambar.Rasa macam dah jadi gila jer pada masa tu.Dan membuatkan lagi sedih susu ibu masih ada mengalir dan banyak tapi alhamdulillah tiada kesan negatif kepad ibu yang terjadi masa itu..

RAYA menjelang pada tahun itu membuatkan ibu sebak.Baju raya yang telah ditempah sedondon untuk ARUAH sangat comel.Tukang jahit tu memberi tanpa bayaran dikenakan."takkan lah akak nak caj baju ni lagi.rasanya baru je lagi akak jumpa aruah kan.akak bagi jelah kamu.dah siap pun.gunalah untuk adik-adik nya nanti"
di waktu ibu memberitahu kematian anak ibu baju itu telah pun siap di jahit dengan sempurna.
siapa kita yang tahu apakan jadi akan datang walau telah kita rancang..

KEPADA IBU-IBU DI LUAR SANA .TABAHKANLAH HATI KAMU.TERUSKAN HIDUP KAMU.TETAPI JANGAN SESEKALI KAMU LUPA KEPADA ANAK KAMU YANG TELAH PERGI.SEBAB ARUAH LAH URUSAN KITA MENUJU KE SYURGA MUNGKIN AKAN DIPERMUDAHKAN..INSYALLAH..


Friday, May 25, 2012

Susu Ibu..ibu bagi korang bagi???

YES!!..ibu dah habis diploma for SI..hihi..dah lepas 6 bulan ibu menyusukan Sharifah Auni Qasdina....alhamdulillah..semoga niat ibu semakin dipermudahkan walaupun masih tak berjaya simpan stok susu yang banyak..3 bulan pertama jer peti ais penuh..lepastu stok susu semakin kurang .Sh. auni pulak jenis kuat menyusu..ibu sangat sedih..bukan sebab susu ibu kurang tapi masa ibu untuk mengepam di waktu bekerja sangat terbatas..duit perabis beli BREAST PAD jer..klaulah pad tu diperah, boleh dapat 2 botol susu tau..tapi nak buat macam mana.Masa rehat di waktu kerja hanya 45 minit..time tulah nak makan dan pam susu..terkejar-kejar setiap hari..tapi bila fikirkan niat ibu nak bagi anak ibu Susu ibu ibu lupakan walau setiap hari terpaksa mengendong set pam SPECTRA kehulu kehilir..untuk sehari di pejabat ibu hanya dapat 2 botol penuh jer(10 aunz)dalam masa 20  minit ibu mengepam..tepat jer  20 minit ibu terpaksa berhenti walau titisan susu masih laju menitis..tiap-tiap hari sebak dan bengang sebab tak dapat pam sehingga habis titisan susu.hanya pad diguna bagi tampung susu yang masih mengalir..Dari anak yang sulung ibu tekad taknak berikan susu FM..yang sulung ARUAH SHARIFAH QISTINA masih menyusu hingga ke akhir hayatnya..walau setakat 8 bulan ibu sangat puas ati.ibu Berjaya menyusukan zuriat sulung ibu hingga akhir hayatnya...zuriat ibu yang kedua pulak menyusu setakat 6 bulan sahaja..itupun sbab Nayli dah taknak menyusu terus pada Ibu..Ngeli agaknya.hANYA menyusu guna stok susu yang ada jer.dahtu pam yang ada pulak dh xdapat nak support.jem ..duit pulak tak berapa nak ada masatu maka terberhentilah proses penyusuan susu Ibu untuk Nayli..susu ibu tetap mengalir keluar sehinggalah ibu mengandung hampir 3 bulan adik Sharifah Auni Qasdina..kini adik Sharifah auni masih menyusu susu ibu..ibu bangga  dapat menyusukan anak ibu...

Saturday, March 3, 2012

ALHAMDULILLAH..LIMA TAHUN SUDAH KU bergelar seorang isteri dan ibu

Tanggal 01.03.2007 ibu selamat dinikahkan...kini genap 5 tahun ibu dan ayah bergelar suami isteri..pelbagai onak duri dilalui..berbagai ragam diketahui dan bermacam yang dipelajari..5 tahun berlalu bagai sekelip mata bila sampai masanya..5 tahun ibu bergelar seorang isteri dan 5 tahun jugalah ibu bergelar seorang ibu..Jika KAK LONG masih umurnya panjang, tahun ini genap umurnya 5 tahun dan mungkin akan ibu hantar ke tadika pra persekolahan..tak sangka sangat muda-muda, anak dah sekolah kan..hihi..apapun semua tu kenangan..ibu tahu ibu mengandungkan aruah setelah 2 bulan ibu dan ayah bernikah. nikah awal bulan 3 Due Date bersalin hujung bulan 11.oRang-orang tua kata ibu bunting pelamin..ada sedikit rasa terkejut tapi juga tak sabar menantikan cahaya mata sulung kami.Tapi biasalah bila kita ni orang muda kahwin,dahtu terus mengandung, pelbagai andaian orang sekeliling.."konon ibu ngandung sebelum nikahlah tu pasai nikah awal"..sakit hati jugak bila dengar cerita yang diperhebohkan..tapi apa nak buat,mulut orang..padahal bukti depan mata.,kalau ikutkan ibu ada majlis KHATAM QURAN sehari sebelum nikah tapi terpaksa dibatalkan sebabnya ibu masih dalam HAID.DAN juga PERNIKAHAN YANG SEPATUTNYA DIBUAT di MASJID besar ditukarkan ke surau.Hampir semua sahabat-sahabat opah a.k.a mak ibu tahu pasal ni..sebab diorang nak wat marhaban selepas ibu khatam tu.Tapi tak sangka yang membawa mulut pun adalah di kalangan orang-orang itu..takpe..ibu hanya redhokan mulut-mulut berhati busuk tu berkata masa tu.
..Alhamdulillah anak sulung ibu dan ayah,juga cucu sulung kedua-dua pihak..lahir dengan begitu sempurna,sangat senang,senang dijaga,malah sungguh tenang anak ibu pergi...AL FATIHAH..ibu sentiasa merinduimu sayang..hati ibu takkan pernah berhenti merinduimu..SHARIFAH QISTINA..

TERIMA KASIH WAHAI SUAMIKU YANG TERSAYANG KERANA MASIH DI SISIKU HINGGA SAAT INI..

5 TAHUN PERKAHWINAN KU BERGELAR SEORANG ISTERI DAN SEORANG IBU KEPADA 3 0RANG PUTERI ..SEORANG MENANTI DI PINTU SYURGA,,INSYAALLAH,..DUA PUTERI MASIH DI SISI..





Friday, May 21, 2010

MeNinggal Dunia?

ibu memang takut mati..sebab ibu rasakan illmu islam dan iman ibu masih belum cukup sebagai titian menuju hari akhir..takut jika menuju ke jalan yang salah..
tetapi jika tersurat..siapalah kita untuk menentukannya..kita hanya layak merancang..
hanya sepuluh hari bakal tiba ulangtahun kelahiran Nayli...
memang teruja tahun pertama untuk ibu menyambut hari lahir anak walau sudah dua kali melahirkan..baru tadi di pejabat ada orang bertanya pada ibu tentang anak.."saya ibu anak dua...sulung aruah,hidup sorang"..patutkah jawapan ibu itu di kira salah?katanya:"anak hang sorang saje yang hidup bagitahu sahajalah anak hang ada sorang jer"
panas hati ibu..bukannya dia tanya berapa orang anak hang yang hidup
..barulah betul jawapan dia tu..eeee geram..
Aruah Sharifah Qistina a.k.a kakak Nayli..meninggal pada umur 8 bulan hidup bukannya lapan bulan dalam perut,,aruah sudah dapat berjalan pada malam terakhir dulu..takkan sekelip mata kita sebagai ibu bapa nak melupakan anak itu dengan mengatakan dirinya tak pernah wujud..
saat kelahiran tetap terasa kesakitannya sudah semesti tak dapat ibu lupakan.apatah lagi saat melihat anak bertarung nyawa ke akhir nya..

bila berkata tentang aruah ramai yang tertanya-tanya sebab dia meninggal dunia..
nak di beritahu pun susah..
mehlah ibu citer sikit yer..
malam 21julai 2008...Qistina menangis ketakutan di dalam bilik tidur kami..ibu pun tak pasti apakah sebabnya..ibu membaca ayat kursi di telinganya..tangisannya tetap ada.nak kata kembung pun tidak,opah yang terdengar suara Qistina muncul di muka pintu..Qistina turun ke tingkat bawah..rupanya dia nak main..malam tu jugak Qistina tunjuk yang dia dah boleh berjalan..seronok Qistina malam tu..ibu tak tahu malam itu adalah malam terakhir kami bersama..jam dah hampir pukul 1 pagi ibu paksa Qistina tidur..ayah dah lama tidur sebab pada malam tu ayah demam,makan ubat yang menyebabkan mengantuk.
ibu yang tak sedap hati kuncikan jam penggera pukul 2.30 pagi..
tiba-tiba ibu tersentak dari tidur,terkejut sangat ..ibu intai Qistina..Ya ALLAH anak ibu dah berbuih bercampur darah di mulut dan hidungnya,,ibu menjerit sekuat hati memanggil ayah..beberapa minit kemudian jam penggera ibu berbunyi..tepat jam 2.30 pagi,ayah meluru menjerit memanggil opah dan atuk..
atuk segera membawa kami ke hospital..kalaulah ibu lakukan CPR pada masatu..
dalam perjalanan ke hospital,berbagai ayat ibu ucapkan di telinga Qistina..sehinggakan ibu meminta ibu di tukarkan tempat dengan Qistina waktu itu..sampai di wad kecemasan,semua doktor dan nurse buat apa yang patut.ibu dihalau duduk di tempat lain,ibu bertegas nak berdiri di sebelah Qistina..ayah pada waktu itu dah tak bermaya,meraung-raung,.ibu kuatkan semangat bila lihat ayah macam tu..Ibu berkata dalam hati supaya selamatkanlah anak ku ini...tetapi hanya Allah yang menentukannya..


selamat dilahirkan pada : 19 november 2007(9 zulkaedah 1428)
telah dilahirkan di : hospital kajang pada jam 6.32p.m hari isnin
telah kembali ke rahmatullah : 22 julai 2008(19 rejab 1429)
di unit kecemasan hospital kajang pada jam 3.15a.m hari selasa

doktor kata aruah sihat walafiat
tiada jawapan ..
HANYA KEHENDAKNYA MENENTUKAN TAKDIR INI..
TELAH TIBA AJAL YANG DIJANJIKAN.
apapun ibu bersyukur di beri peluang walau seketika..


ibu diceritakan kembali..saat Qistina nak dimasukkan ke liang lahad ,ibu pengsan dan hampir masuk ke liang lahad itu..tetapi sempat di sambut..waktu Qistina diambil dari pelukan ibu, berat rasa hati ini nak lepaskannya..ibu peluk cium walau ibu tahu itu hanyalah jenazah..dulu ibu takkan dapat tahan bau jenazah atau bau minyak kapur barus,mesti pening ,sesak nafas ataupun muntah...tapi semasa peluk Qistina ibu rasakan itulah bau yang paling wangi..sungguh ibu tak sangka..
setiap detik ibu tatap gambar Qistina,,ibu masih merinduimu sehingga kini sayang,,
 
AL FATIHAH..
ALHAMDULILLAH DI ATAS SEGALA KEhendak MU YA ALLAH
Aku tetap insan yang lemah..

'

MaRI-mAri