marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting
Showing posts with label Sakit Celah peha. Show all posts
Showing posts with label Sakit Celah peha. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

SAYA MENGANDUNG ANAK KE EMPAT DI USIA 28 TAHUN :-) ??

ASSALAMUALAIKUM..
 bikin gempak je tajuk N3 ni ya..dah lamanya tak menulis coretan di blog ni..bersawang gamaknya..

Setelah sepuluh kali membuat ujian kehamilan menggunakan pelbagai jenis strip kehamilan yang negatif akhirnya saya mendapat keputusan positif ..
Seminggu sebelum haid saya dah cuba guna pregnancy test tapi negatif. KENAPA ibu buat test ? sebab perut kedepan.. oh tidak sekali lagi.. buncitkah ibu?  Seluar jeans xleh kancing butangnya.. dan yang paling ketara hujung puting susu terasa pedih sangat saat SHARIFAH AUNI QASDINA menyusu.. terasa-rasa diri ini mengandung , Celah kelangkang sentiasa je sakit, lenguh- lenguh.. setelah cubaan semuanya negatif ibu hanya diamkan diri ..sehari sebelum tarikh jangkaan haid ibu cuba lagi..
Ya !  kali ni ada 2 garisan tetapi kabur sangat.. bila snap gambar pun tak jelas.. ADA harapan tu.. keterujaan macam nak dapat anak 1st..hehe

Ibu ambil keputusan akan buat ujuan kehamilan sekali lagi pada 3 hari yang akan datang semasa pulang ke kampung jatuhnya hari lahir ayah QisQas.. kali ni ibu beli pregnancy test digital  ..ala-ala Fasha Sandha tu..hehe

ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN POSITIF PREGNANT 3+ MKNANYA DI SITU 4 MINGGU SUDAH.. 
DAN SEMINGGU LEPAS tu ibu pergi ke klinik untuk sahkan ..doktor sahkan positif juga tetapi sebabkan masih awal tak dapat scan apapapun..

so next week 7 minggu ibu nak buat buku dah.. moga scan tiada masalah ya..takut sebab ibu asyik tak cukup nafas je..

Kalini terasa perut  sangat - sangat kedepan dan terlalu mengah ..asyik nak semput je.. sapu sampah pun dah macam berlari .semoga kehamilan kalini dipermudahkan.. 

YANG PALING BEST KALI NI IBU TAK MABUK/ MUAL-MUAL DAN KERAP MUNTAH.. 
TERASA SIHAT SEPERTI TIADA MENGANDUNG..HEHE
moga berlanjutan hingga ke akhir trimister...
 

RAMAI YANG MASIH TAK TAHU IBU MENGANDUNG. MAAFLAH YA.. BIARLAH SEMUANYA DAH DISAHKAN DOKTOR BARULAH DIHEBAHKAN.. 
DAH DAPAT BUKU PINK BARU IBU NAK UMUMKAN..HEHE


Sunday, September 22, 2013

Mengandung tetapi UPT negativ(-ve)

Assalamualaikum..
ibu tak mengandung agaknya.Ibu dah period.tapi period kitaran selepas19 hari.seminggu awal dari tarikh yang tepat.
Tapi period takder senggugut.dan tidak berbau hanyir darah.Bersih hanya dalam masa 5 hari itupun hari ketiga dah coklat-coklat je..jumaat dah mandi hadas(wajib) sebab dah sehari tak keluar pape...tup tup pagi sabtu tadi keluar lendir putih bergumpal darah kecoklatan..haish..tak suci lagi rupanyalah kot..tapi itu sahaja sekali sehinggalah saat ibu menulis di blog ini tiada apa yang keluar dah yer..PELIK!!!


ibu dah pi klinik semalam..untuk yang kedua kalinya wat pemeriksaan sebab
Perut bahagian kiri sakit.Punggung masih berdenyut-denyut,Perut Cramp,Kaki Lenguh..dan yang paling ketara celah peha sengal-sengal rasanya..

Tetapi ibu hampa.Masih tak diketahui punca segala kesakitan yang di tanggung ibu.Doc suspek mengandung .Beliau sarankan scan dilakukan..so ikutkan..sekali ...
" Rahim awak saiz normal.tak ada pape pun yang pelik..semua ok.tapi kenapa saya tekan awak sakit ya.."
" Mungkin awak ada appendic"

Hancurnya hati ibu ...kuat ibu rasakan ibu mengandung ni..tapi sedikit lega bila doktor sarankan datang bulan depan untuk test pregnancy.sebab dia kuat katakan ibu macam orang mengandung..hahaha

Pelik kan..Tak rancang nak mengandung..Tapi bila simptom mengandung tu ada teruja sangat-sangat nak mengandung macamlah nak mengandungkan anak pertama..hahahaha

apapun ibu lagi rela disahkan mengandung dan bukan penyakit lain yer...

risau sangat kalaulah tak mengandung tapi sakit lain kan..sakit dah nak sebulan tak hilang-hilang pun ni..alahai badan..

MaRI-mAri