marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Monday, March 15, 2010

JOM LAYAN ...ermmm



LAYAN GAMBAR DI BAWAH NI YER
pic ni ibu snap masa bercuti yang lepas tue..mula plan nak pi berdua jer..sudahnyer pi sekali dengan Nayli , Atuk , oPAh ,Pak Su dAN Pak Ngah..tp satu hari jer..esoknyer ibu dan ayah berdua jer..satu keluarga pi beramai-ramai ke BUKIT TINGGI (COLMAR TROPICALE)PAHANG..petang tu ibu dan ayah meneruskan perjalanan ke FRASER HILL


Jom layan gambar je yer
kita layan hari pertama satu family pi bercuti na,,,


dalam keta..on the way.. 






'



Sunday, March 14, 2010

jom join CONTEST lagi..

setelah lama ibu mendiamkan diri untuk contest-contest ni..harini terasa berkobar-kobar pulok nak join,,jom..klik disini

11 Mac 2010 - 11 April 2010
Hadiah Utama > Suprise! : )
Hadiah Saguhati > Tunggu ...

Syarat syarat penyertaan
1. Sila buatkan special entry di blog anda mengenai Cute & Creative Picture bersama sekeping gambar & details baby/anak anda. (Gaya, Idea, Deco yang creative... ) 


2. Sila tinggalkan comment anda disini untuk owner menjejaki link entry tersebut yer...
3. Sila nyatakan details baby/anak yer

ini ibuQisQas punyer..


    • Nama: SHARIFAH NAYLI QASRINA BINTI SYED HASZIL ASRAF
    • Umur: 9 M +
  • Asal: KAJANG , SELANGOR
    • Emel & nama pengirim: asyna_8286@yahoo.com.my( ibuQisQas)



'



Thursday, March 11, 2010

HANDMADE IBU QISQAS

salam semua..lamanye ibu tak berblog ni..yeke lama?hehe..ibu sibuk ..entah apa yang di sibuk pun tak tahu,,tapi masa sentiasa mencemburui ibu....
ibu sekarang sibuk menjahit-jahit ni...ada handmade le sikit..jom singgah,,tengok apa yang ada..manalah tau ada yang berkenan di hati..jom
klik di sini ye

'



Friday, February 26, 2010

sedih atau gembira???ibu tinggalkan anak

esok ibu kena tinggalkan nayli dengan opah...berat jer rasa hati ni ..ayah dah janji nak pergi bercuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3.
.alhamdulillah..bakal menjelang tarikh genap 3 tahun perkahwinan kami..terlalu banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa ibu tempuh bersama ayah
..esok nak pergi pun adalah kali pertama kami pergi bercuti berdua selepas berkahwin..kiranya ini dipanggil tunggakan ler..tu sebablah ayah nak Nayli tinggal dengan opah.. 
yelah..dulu masa mula-mula kahwin memang dah plan nak pi bulan berikutnyer,,,tapi ibu pulak mabuk dan sakit dalam perut..dahlah pi chekup doktor boleh kata takder pape..mungkin perubahan hormon..tak mengandung pun..nak pergi honeymoon macam maner kalau dah asyik sakit perut dan muntah-muntah..ada mood ker..takde kan..dua bulan lepas tu ibu chekup lagi..sakit tak hilang lagi tau..doktor kata "tahniah , awak mengandung 2 bulan.."ha???terkejut dan pelik ibu masa tu tau..ape citer sebenonye ni yob..pening ibu di buatnya..alkisah mengandungkan aruah kakak.
..tahun kedua pulak ibu sambut di rumahjer..plan tue ader tapi ibu terpaksa bekerja lah pulok ..wajib bekerja pada hari yang sepatutnya cuti.semuanyer sebab rebat minyak ler....masatue aruah kakak{Qistina) masih berada sihat disisi ibu sayang.
.4 bulan selepas ulangtahun ibu dan ayah berkahwin yang pertama..kakak pergi meninggalkan kami..Alfatihah..
ulangtahun yang kedua ibu sambut tapi takder plan nak bercuti..yelah ,,ibu tengah sarat mengandungkan Nayli..2 bulan lepas ulangtahun perkahwinan ayah dan ibu yang ke dua..ibu selamat melahirkan nayli..


lagi 2 hari ibu bakal menyambut ulangtahun yang ke 3..ibu berdoa. memohon semoga segala yang dirancang dan diingini ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya..insyaallah..

bercuti dalam malaysia jer

'



habis nye kering selsema Nayli dah dapat pelajaran baru...syabas sayang

salam..hari ni anak ibu Nayli dah buat banyak peningkatan,,dah cekap duduk sendiri, merangkak,dah pandai berdiri sendiri n dah dapat melangkah kaki 2 tapak..alhamdulillah...menghitung hari nak dekat umur 9 bulan..nayli dah dapat semuanya..





'



Monday, February 22, 2010

aduan ibu


BUTIRAN ADUAN LENGKAP

No Rujukan Aduan: 0626/02/10
Tarikh Penerimaan: 22-02-10 12:34:38 AM
Nama: SAZANA
Keturunan: Melayu
Alamat: ,tmn zamrud
Alamat E-mel: asyna_8286@yahoo.com.my
No Kad Pengenalan: -- tidak dinyatakan --
Mobile (SMS): -- tidak dinyatakan --
Telefon: -- tidak dinyatakan --
Faks: -- tidak dinyatakan --
Kategori Pelanggan: Individu
Kawasan Operasi: KAJANG » TAMAN ZAMRUD
Definasi Masalah: ADUAN » ADUAN » PELBAGAI
Tajuk Masalah: BUNYI MERCUN BISING
Lokasi Masalah: KAJANG
21 FEBRUARY 2010
JAM 12.10 PAGI. 12.33 pagi...
Huraian Masalah: APA PROGRAM YANG DIADAKAN SEHINGGA DIBENARKAN
BUNYI MERCUN SELEPAS JAM 12 BERTERUSAN?
IANYA MENGANGGU MALAM KAMI YANG MEMPUNYAI ANAK DAN
INGIN BEKERJA PADA KEESOKAN HARINYA!


dah nak pukul satu ni..bunyi tak habis lagi...
sakitnyer kepala ni..tak dapat tidurlah..



'



Malaysia adilkah pada setiap kaumnya???

MAIN MERCUN!!!


time ibu tulis N3 ni pukul 12.10a.m..tengah sakit kepala sangat ni..tidur terganggu pulak malamni..Raya China tak abis lagi lah kot..dah macam bunyi orang tengah berperang kat rumah ni..betul-betul atas atap rumah ni di tujunya.Alarm kereta ayah asyik menjerit jer kat luar tue..heee runsing betul lah..
time kita raya polis ketatkan undang-undang nak main mercun.nak main tak boleh lepas pukul satu..masa ibu bujang dulu, kami pakat main mercun lepas pukul 12, polis leh datang sound tu..nasiblah sama-sama raya adalah timbang rasa sikit polis tu..ni ha tengoklah..kalau bunyi mercun yang biasa takperlah..ni kuat ya amat.dahlah tak berhenti-henti meletup-letupnya..dahlah esok hari kerja..tak pahamlah diorang ni..
ibu tak tahulah diorang tengah sambut aper.kaum ape yang main..tapi yang pastinya ibu tension sangat ni..polis leh wat tak tahu tu yang sakit hati,,,ni namanya dah melakukan pencemaran bunyi pada penduduk!!!


balai polis dekat jer tu..tapi...wallah huaalam...



'



Monday, February 15, 2010

NAYLI DAH NAK JALAN..

salam..rindunya nak berblog ni..sibuk sangat la..tak dapat nak men update..just nak bagitau..Nayli malas nak merangkak..duduk pun di bantu..sik dalam walker jer..
TAPI..
malam tadi Nayli dah dapat satu langkah berjalan..punyalah seronok dia..orang semua dah tidur barulah dia nak tunjuk..malam tu jugaklah Nayli nak tunjuk yang Nayli dah pandai guna HP..hehe..DAH dapat duduk sendiri..merangkak je tak wat..langkau step la kot anak ibu ni yer..

wawawawa..tah apa yang di sebutnya,,rupanya tengah bercakap dengan HP di letakkan di telinganya..
pandai anak ibu..


'



MaRI-mAri