marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Friday, February 26, 2010

sedih atau gembira???ibu tinggalkan anak

esok ibu kena tinggalkan nayli dengan opah...berat jer rasa hati ni ..ayah dah janji nak pergi bercuti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3.
.alhamdulillah..bakal menjelang tarikh genap 3 tahun perkahwinan kami..terlalu banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa ibu tempuh bersama ayah
..esok nak pergi pun adalah kali pertama kami pergi bercuti berdua selepas berkahwin..kiranya ini dipanggil tunggakan ler..tu sebablah ayah nak Nayli tinggal dengan opah.. 
yelah..dulu masa mula-mula kahwin memang dah plan nak pi bulan berikutnyer,,,tapi ibu pulak mabuk dan sakit dalam perut..dahlah pi chekup doktor boleh kata takder pape..mungkin perubahan hormon..tak mengandung pun..nak pergi honeymoon macam maner kalau dah asyik sakit perut dan muntah-muntah..ada mood ker..takde kan..dua bulan lepas tu ibu chekup lagi..sakit tak hilang lagi tau..doktor kata "tahniah , awak mengandung 2 bulan.."ha???terkejut dan pelik ibu masa tu tau..ape citer sebenonye ni yob..pening ibu di buatnya..alkisah mengandungkan aruah kakak.
..tahun kedua pulak ibu sambut di rumahjer..plan tue ader tapi ibu terpaksa bekerja lah pulok ..wajib bekerja pada hari yang sepatutnya cuti.semuanyer sebab rebat minyak ler....masatue aruah kakak{Qistina) masih berada sihat disisi ibu sayang.
.4 bulan selepas ulangtahun ibu dan ayah berkahwin yang pertama..kakak pergi meninggalkan kami..Alfatihah..
ulangtahun yang kedua ibu sambut tapi takder plan nak bercuti..yelah ,,ibu tengah sarat mengandungkan Nayli..2 bulan lepas ulangtahun perkahwinan ayah dan ibu yang ke dua..ibu selamat melahirkan nayli..


lagi 2 hari ibu bakal menyambut ulangtahun yang ke 3..ibu berdoa. memohon semoga segala yang dirancang dan diingini ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya..insyaallah..

bercuti dalam malaysia jer

'



habis nye kering selsema Nayli dah dapat pelajaran baru...syabas sayang

salam..hari ni anak ibu Nayli dah buat banyak peningkatan,,dah cekap duduk sendiri, merangkak,dah pandai berdiri sendiri n dah dapat melangkah kaki 2 tapak..alhamdulillah...menghitung hari nak dekat umur 9 bulan..nayli dah dapat semuanya..





'



Monday, February 22, 2010

aduan ibu


BUTIRAN ADUAN LENGKAP

No Rujukan Aduan: 0626/02/10
Tarikh Penerimaan: 22-02-10 12:34:38 AM
Nama: SAZANA
Keturunan: Melayu
Alamat: ,tmn zamrud
Alamat E-mel: asyna_8286@yahoo.com.my
No Kad Pengenalan: -- tidak dinyatakan --
Mobile (SMS): -- tidak dinyatakan --
Telefon: -- tidak dinyatakan --
Faks: -- tidak dinyatakan --
Kategori Pelanggan: Individu
Kawasan Operasi: KAJANG » TAMAN ZAMRUD
Definasi Masalah: ADUAN » ADUAN » PELBAGAI
Tajuk Masalah: BUNYI MERCUN BISING
Lokasi Masalah: KAJANG
21 FEBRUARY 2010
JAM 12.10 PAGI. 12.33 pagi...
Huraian Masalah: APA PROGRAM YANG DIADAKAN SEHINGGA DIBENARKAN
BUNYI MERCUN SELEPAS JAM 12 BERTERUSAN?
IANYA MENGANGGU MALAM KAMI YANG MEMPUNYAI ANAK DAN
INGIN BEKERJA PADA KEESOKAN HARINYA!


dah nak pukul satu ni..bunyi tak habis lagi...
sakitnyer kepala ni..tak dapat tidurlah..



'



Malaysia adilkah pada setiap kaumnya???

MAIN MERCUN!!!


time ibu tulis N3 ni pukul 12.10a.m..tengah sakit kepala sangat ni..tidur terganggu pulak malamni..Raya China tak abis lagi lah kot..dah macam bunyi orang tengah berperang kat rumah ni..betul-betul atas atap rumah ni di tujunya.Alarm kereta ayah asyik menjerit jer kat luar tue..heee runsing betul lah..
time kita raya polis ketatkan undang-undang nak main mercun.nak main tak boleh lepas pukul satu..masa ibu bujang dulu, kami pakat main mercun lepas pukul 12, polis leh datang sound tu..nasiblah sama-sama raya adalah timbang rasa sikit polis tu..ni ha tengoklah..kalau bunyi mercun yang biasa takperlah..ni kuat ya amat.dahlah tak berhenti-henti meletup-letupnya..dahlah esok hari kerja..tak pahamlah diorang ni..
ibu tak tahulah diorang tengah sambut aper.kaum ape yang main..tapi yang pastinya ibu tension sangat ni..polis leh wat tak tahu tu yang sakit hati,,,ni namanya dah melakukan pencemaran bunyi pada penduduk!!!


balai polis dekat jer tu..tapi...wallah huaalam...



'



Monday, February 15, 2010

NAYLI DAH NAK JALAN..

salam..rindunya nak berblog ni..sibuk sangat la..tak dapat nak men update..just nak bagitau..Nayli malas nak merangkak..duduk pun di bantu..sik dalam walker jer..
TAPI..
malam tadi Nayli dah dapat satu langkah berjalan..punyalah seronok dia..orang semua dah tidur barulah dia nak tunjuk..malam tu jugaklah Nayli nak tunjuk yang Nayli dah pandai guna HP..hehe..DAH dapat duduk sendiri..merangkak je tak wat..langkau step la kot anak ibu ni yer..

wawawawa..tah apa yang di sebutnya,,rupanya tengah bercakap dengan HP di letakkan di telinganya..
pandai anak ibu..


'



Thursday, February 11, 2010

AWAS PENYAMUN DI JALAN RAYA.BERINGAT DI MUSIM CUTI INI

Dear friends,
Pls beware and always cautious while drivings!!

Ni cerita penuh kejadian yg menimpa staff PPMSB semalam.



cid:image001.png@01CA6439.AB747510
 



 
MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu
Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632  sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
(AKU dalam citer ni bukan ibuQisQas.ibu tolong sampaikan)

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar
dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya.. .

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.





'



Wednesday, January 20, 2010

VIRUS MENYERANG LAPTOP IBU

GELISAH BETUL LA TAKLEH ON LAPTOP..INIPUN IBU PI CC..CYBER CAFE LAR..
DAH BERHARI LAPTOP HANTAR REPAIR TAPI KHABAR NYA TAK DI KETAHUI LAGI..
SEBAB MULANYA KENA VIRUS MASA IBU BACA MESEJ KAT EMAIL..KATANYA IBU ADA TERIMA BARANG TAPI GAGAL DI SERAHKAN..DAH LAH MASATU IBU MEMANG TENGAH TUNGGU BARANG..IBU PUN BUKA LAH FAIL YANG DIKATAKAN SALINAN UNTUK IBU ..RUPANYA LEPAS TU LAPTOP TERUS HANG..ITUKAH ALKISAHNYA...




'



Friday, January 1, 2010

buah tunjuk langit atau nama saintifiknya mahogany


SECRETS OF MAHOGANY
Swietenia macrophyllae,  Mahogany Big-leafed or Mahogany Honduras is a wild plant which is from the Meliaceae (Mahogany family tree). These Mahogany trees grow naturally in wet and dry tropical rain forest, particularly in South America, West India, the islands of Indonesia and Solomon, Fiji, Honduras and also Malaysia. It is known as the King of Swietenia or King of Mahogany because of the high value of the mahogany wood which is one of the finest grade commercial wood species in the world since centuries ago.
The Mahogany fruit has gained people awareness of its healthful properties. It has actually been consumed for centuries as a herbal remedy. Many  scientists have recently found a biological breakthrough when scientific analysis confirmed the medical benefits of this fruit that contains high quantity of natural herbal nutrients helps the entire human blood circulation system.
The Mahogany seed has special properties which cannot be found in any other herbal plants around the world. It contains the highest three main superior active ingredients which are Flavonoids, Saponins and Bitter Alkaloid. In addition, the seeds also contain natural nutrition which helps to increase energy and blood flow throughout human body system such as proteins, minerals, vitamin enzymes, carbohydrates and many others.
3 POWERFUL ACTIVE INGREDIENTS
FLAVONOIDS is well known among scientists around the world to have the capacity to promote health and human well being beyond that of other nutritional supplements.  This enzyme is  found in many types of plants  and fruits including famous herb plants known as Ginkgo biloba and Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). However, Flavonoids  found in the Mahogany seed contains very high quantity of  natural compounds that promotes blood circulation through human body system as well as, being an anti-oxidant agent helping human body to utilize nutrients.
SAPONINS are natural enzymes that act as soap and lubricant that helps to promote blood circulation throughout the human body. The high content of Saponins in the Mahogany seed helps reducing fat and bad cholesterol in the blood vessels, resulting efficiency in the entire blood flow of a human body. This will enable the human heart to function better, increase the body immune system and reduce ones  blood sugar level. One other example of a famous herb that contains only Saponins is Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS are found in high quantities in the Mahogany seed. This is what makes it very bitter which in turns makes the human blood bitter. Bitter alkaloid allows the human body system to easily eliminate waste chemicals through normal channels. It encourages the growth of white blood cell to reach maturity and strengthen the body immunity thus discourages any growth of viruses, bacteria and other bad organisms that try to enter into the human body system.
Functions of Flavonoids
Reduce blood sugar (glucose) level
Neutralizes blood sugar level
Promotes blood circulation
Free radical scavenger
Widens and strengthens blood vessels
Reduces bad cholesterol level
Functions of Saponins
Enhances the immune system
Helps to stimulate the production of insulin
Increased production of blood cells
Eliminate muscle cramps in the respiration system
Increased male sperm count
Revitalize blood circulation
Detoxification
Increased resistance to alcohol and poisoning
Calming effect on mind and body
Eliminates stress
Slows the aging process
Remedy to insomnia
Strengthens the liver

RAHSIA MAHOGANY
Swietenia macrophylla,  Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.
Buah Mahogany mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Buah Mahogany telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut. Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.
3 BAHAN AKTIF PENTING
FLAVONOIDS semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam  pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan  pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.
SAPONINS adalah enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.  Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam  makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.
BITTER ALKALOIDS di dalam buah Mahogany adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah mahogany adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan  darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids
Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah
Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak
Menghilangkan kelesuan minda
Melambatkan proses penuaan
Memperbaiki insomnia
Menguatkan hati



NUTRITIONAL FACTS OF MAHOGANY SEED
(FAKTA NUTRISI BIJI MAHOGANY)
PROTEIN
VITAMIN B1
IRON
VITAMIN D
FOLIC ACID
CARBOHYDRATE
VITAMIN A
DIETARY FIBER
POTASSIUM
VITAMIN E
CALSIUM
VITAMIN B6
MAGNESIUM
SODIUM
VITAMIN B3


'



Friday, December 25, 2009

letihnya..Nayli demam..

balik dari kenduri kahwin auntie nurul, nayli meragam..nak demam..sebelum balik ke rumah kita singgah umah atuk dan opah Nayli a.k.a ayah dan mak ibu..sampai je ujan punyalah lebat..nayli ok lg.dahnak sepuluh minit tunggu hujan reda nayli meragam..ibu dukung Nayli..Ya Allah panasnya badan anak ibu..ibu dah gelisah..hujan pun semakin reda..dengan berpayung ayah dan ibu redah hujan..sampai umah onyang nayli,ibu terus mandikan Nayli dengan air kolah yang teramatlah sejuk....reda sikit panas badan tu.ibu ingat pesan doktor masa bawa aruah kakak pi klinik dulu,,budak kalau badan terlampau panas terus mandikan dia.mulakan dari kaki..takkan ibu lupaberkesan lah jugak.opah pun tolong  letakkan asam jawa.bekal ubat yang ibu bawa dari rumah tak memberi kesan pada Nayli..nak pi klinik ambil ubat baru nun  jauh kat pekan..hujan kembali lebat..
alhamdulillah berkat asam jawa opah, panas Nayli surut..lega hati ibu..petang masa nak balik panas lagi..ayah terus bergegas cari klinik kat pekan..jumpa akhirnya..
sampai klinik Nayli dah gelisah..tak sedap badan lah tu kan..cek cek..doktor kata gusi Nayli bengkak..tekak merah..patutah...



tengoklah muka sedih je tu


ni dah happy..doktor dah bagi ubat masuk dalam b*nt*t,,
 Nayli dah sihat..nak balik rumah ni,,



bye bye..


'



sElAmAt PenGaNTiN bArU NURUL DAN SHAM..

lamanya ibu tak wat n3..khamis minggu lepas kami semua balik kampung...yelah bulan disember ni penuh dengan jemputan majlis kahwin kan..tak terpergi semuanyer..ibu, ayah nayli n pak ngah satu kereta,paksu ,opah dan atuk satu kereta,,kami bertolak dari rumah lepas isyak hari khamis..jumaat kan cuti..awal muharram..kalini ibu mohon cuti lebih..yelah..sabtu kendurinya tapi ibu kena keje..nasiblah dah apply cuti dari bulan 7 aritu..ni kan kenduri sepupu rapat ayah..anak sulung pulak tu..tak manis kalau kita tak menyibukkan diri..sekarang ni la ibu nak kena belajar rentak wat kenduri kan,,insyaallah ada rezeki , panjang umur..ibu pun nak sambut menantu..hehe
jumaat lepas solat jumaat..sesi pernikahan..walau ada sedikit kesalahan dari perancang majlis..dengan adanya keluarga di sisi pengantin..segalanya berjalan dengan lancar..mari kita layan gambar ni yer..hasil dari kemera tepon ibu yang tak seberapa ini..

hantaran dari pihak perempuan



hantaran berwarna biru dari pihak lelaki


sesi akad nikah..



penyerahan mas kahwin




membatalkan air sembahyang
 

  
kegembiraan jelas di muka pengantin
selamat pengantin baru Nurul DAN Sham ..semoga berkekalan ke akhir hayat




sanak saudara yang menjayakan majlis pernikahan..


 

  
  
  
  
  
 ibu dan ayah pengantin perempuan

ibu dan ayah Nayli yang terlebih-lebih,,teringat 3 thun lepas..hehe


 
  
  
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
insyaallah..





'



MaRI-mAri