Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata
Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi
Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru
masuk ke bilik kerana dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka
yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni
ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata
kepada isterinya
tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih
kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga dengan
isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula
memecut..
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga
betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang
sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
Liza terjaga dari
tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita
sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju
sangat bang, Liza
takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus
memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata
Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang
motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara
emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana
dengan Liza mak? Farah,
Adi..... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin
tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan
emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin
masih terus menangis.
PANGGG!!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada
hati nak berbini. Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk
dalam tin biskut!
Malu beb!!
SekianG
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam
mimpi.. Ingatlah
orang tersayang...
* Wakenabeb.. Lu pun kena beb..
Selamat menyambut ramadan almubarak...
No comments :
Post a Comment