marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH

SALAM...
time rehat tadi waktu ana tgh makan di bilik makan pejabat..sambil tu mata melirik di televisyen comel di depan..saat-saat akhir nak menghabiskan lauk pauk ku...terasa tercekik bila terdengar khabar di berita..berita jam 1.30...INNALILLAHIRAJIUN...
USTAZ ASRI PENYANYI UTAMA KUMPULAN NASYID TERSOHOR..RABBANI..TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YG TERAKHIR PADA JAM 11.30 PAGI TD..tersentak rasa atini..x taula sbb per..tba2 rsa sdih..meremang bulu roma time tu..kumpl.RABBANI kumpulan yg paling ana suka zaman sekolah dlu..mcm xcaye je suara allahyarham yg merdu tu xkan ada suara nya lg...sudah tiba ajalnya..siapa kita untuk mengelaknya..di malam jumaat ini marilah kita sedekahkan bacaan yasin kepada seluruh umat islam yg telah kembali ke rahmatullah..ALFATIHAH

PERGI TAKKAN KEMBALI

Beruntungnya seorang YG Bergelar iSTERI..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang.... tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga bersama.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu .... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10 bersama.. semoga bersama kita mendapat manfaatnya... Amin..

Tuesday, July 28, 2009

khasiat madu lebah



Allah S.W.T telah memberi kelebihan pada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kpd setiap manusia..

khasiat madu lebah asli utk semua..
  • melancarkan pengedaran dan membersihkan darah
  • meningkatkan tenaga/oksigen dalam darah
  • meningkat daya ketahanan badan
  • membaiki sel2 yg dh mati dgn meningkatkan pertumbuhan sel2 baru
  • melegakan keletihan/kepenatan dn mengembalikan tenaga dgn cepat
  • melegakan sakit2 sendi & kebas2pd badan
  • membuang toksid & angin dlm darah
  • memudahkan proses penghadaman dan sistem pencernaan
  • menyembuh/mengurangkan kesakitan luka & kulit melecur terkena api/minyak panas &kesan pembedahan
  • menyembuh/mengeringkan kudis,ruam & gatal2 pd kulit
  • melegakan batuk,selesema,sakit tekak & mengurangkan kahak/lelah
  • membantu melegakan cirit birit & ketidakselesaan pd perut/gastrik
  • baik utk wanita sblum & slps bersalin
  • leh digunakan sbgai pelembab kulit/ awet muda
  • jika keracunan mknan,melegakan kembong perut & membasmi cacing perosak
  • meningkatkan & menguatkan tenaga batin
  • menyembuhkan sakit mata
  • utk mengeluarkan lendir2 di dlm badan
ingin mengetahui cara-cara penggunaannya??
tnyalah sy...

Monday, July 27, 2009

jom gelak...ha ha ha

Cium :

Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah... ..Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!


Susu :

Kata ayam pada lembu : Manusia itu kejam, Aku makan beras sikit aja dah
diusir !!
Kata lembu : Elo.. tu masih dikira baik, tetekku tiap hari
diraba-raba, diramas-ramas, dipicit-picit, tapi kawinnya tidak!!!


Tertipu :

Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu.
Jika kau siang, aku rela jadi matahari
Jika kau samudera aku rela jadi ikan
Jika kau jadi monyet,
aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...


Bercumbu :

Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan
hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan desa, mereka
melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan... ..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya
saya jadi ingin juga melakukannya, " sambil memandang Minah mesra.

"Silakan saja," balas Minah " kan kerbau2 tu milikmu."


Nak Kena Sumbat :

Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah ... ..
Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya ..
dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... .
dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan
mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ...

si Nyah menikmatinya ... .
dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ... "KKKRRRIIIIIEEEEK"
si lelaki terperenjat !!!

Lelaki : SIAPA TU??

Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )... .

kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan mandinya, tetapi si
Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset ,

"GUUUBRAAK"

Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI KALO WA DAPAT...
.. WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!!

Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya seperti biasanya
seorang Nyah ) ... . JANJI YA ... ..!!!!!!!


KES TAK BERTEGUR SAPA

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak
bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam
mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat
idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa

pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpala nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"


Muntah

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di
pasaraya bersama ibunya.
"Mama," kata gadis kecil itu.. "Bolehkan kita balik sekarang?"
"Tidak," jawab ibunya.
"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.
"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... "
Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.
"Sudah selesai?" tanya ibunya.
"Ya."
"cepatnya?"
"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG
SAKIT"


sedihnya...

AL KISAH TAULADAN...

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata
Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi
Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru
masuk ke bilik kerana dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka
yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni
ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata
kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih
kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga dengan
isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula
memecut..

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga
betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang
sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
Liza terjaga dari
tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita
sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju
sangat bang, Liza
takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus
memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata
Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang
motong dia aaa...."

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di
depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAANGGG!!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara
emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana
dengan Liza mak? Farah,
Adi..... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin
tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan
emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin
masih terus menangis.

PANGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada
hati nak berbini. Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang!" emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk
dalam tin biskut!

Malu beb!!

SekianG

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam
mimpi.. Ingatlah
orang tersayang...

* Wakenabeb.. Lu pun kena beb..

Selamat menyambut ramadan almubarak...


alhamdulillah

leganya atini bila dapat menziarahi pusara aruah anak sulungku...dh hmpir 3 bulan ibu tdk pergi..22 julai..genap setahun dikau pergi meninggalkan ibu sayang..ibu terlalu merinduimu..
walau apapun yang terjadi..ibu tidak akan melupakanmu sayang.pemergianmu ibu relakan..ibu redha..tetapi ati ini masih terlalu sedih..sehingga ke ari ini ibu masih terbayang-bayangkan saat akhirmu..ibu tetap seorang insan yg lemah..oleh DIA kita diciptakan..kepada DIA kita kembali..tabahkan atiku ...YA ALLAH YA TUHANKU..AL-FATIHAH..

Friday, July 17, 2009

sayangnya...

kehidupan ini tidak dpt kita duga perjalanannya...tp kita mampu merancangnya.alangkah indahnya jika apa yang kita rancang itu segalanya pasti kan terjadi...tp siapalah kita..hanya insan yg lemah..kelmarin kita bersama..semalam kita bergembira...hari ini kita bersuka ria..mungkinkah esok masih ada segalanya...??
salam perkenalan..salam sayang..salam ukhwah..

MaRI-mAri