marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Wednesday, April 28, 2010

alhamdulillah... innalillahirajiun..

ALHAMDULILLAH..ayah selamat pulang dari pulau pinang..lega dan syukur..ibu tengah sedih sangat..bersiaran di tv3 arwah achik spin...rindu nak dengar sore penyanyi peberet ibu ni..zaman anak dara dulu..hehe..dah ada lagu baru tapi tak lama..sudah tertulis ajalnya telah tiba..al Fatihah....arwah nampak gembira sangat ni......



'

Harini ibu tak tidor..

ayah out station pi penang,,ibu tak sedap ati lah..sik msj jer dengan ayah..ibu pun dah apply cuti kan..boring ayah takder ni.(bukan 1st time pun kan).semoga ayah selamat pulang...ibu dan Nayli sayang ayah..

solat dulu ...



'

Monday, April 19, 2010

Tanah untuk mayat islam tidak mencukupi?..apakah tandanya itu?

"Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan hambamu didunia ini.."


tanah kita telah di kuasai oleh siapa?ibu tengok berita tadi.mayat terpaksa di kebumikan secara bertindih..liang lahat yang di gali hanya separuh..jika gali lagi dalam jumpa tulang dan bau yang kurang menyenangkan..terpaksa menggali kubur lama..semuanya TERPAKSA..
begitu miskin nya kita di negara kita sendiridi tanah tumpah kita..sedarkah kamu semua?
..yang sudah ada tanah berbayar untuk pengebumian yang akan tiba..entah sekarang, esok atau lusa hanya menarik nafas lega..
"apa aku nak kisah, aku dah bayar tanah tu.kompom aku mati kebumi kat situ ,selamat punyer." pastikah anda?


semuanya ditentukan olehNya..


sekarang ni sibuk berpolitik, bagi sana itu, bagi sini itu, ini..meraih undi..
apa makna semua tu jika negara yang di gelar negara islam ini hanya pada nama..umat islam meninggal pun nak kena berkongsi tanah.yang banyak duit tu masa macam nilah patut menderma..wakafkan tanah untuk perkuburan islam yang tak mencukupi..

dah keluar tv barulah nak terhegeh-hegeh,,tunggu berita esok yer..kita tengok siapa yang prihatin atau terpaksa prihatin akan hal ini..


'



siapa yang kurang ajar macamni?

bacalah apa yang di komen.
konon hantunya yang mengomen lah yer..Nauzubillah...

.kalau ya pun nak bergurau,beringatlah...satu hari nanti kan tiba saat awak...




komen yang ditinggalkan di N3 ibu mengenai achik meninggal dunia..:
1 comments:

Anonymous said...

al -fatihah kepada keluarga achik spin semoga di cucuri rahmat ......(saya achik spin)
April 19, 2010 2:18 PM



'



Saturday, April 17, 2010

ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA?

tersentak hati ibu terbaca mesej di tv.."takziah untuk keluarga achik spin"
ya Allah..innalillahhirajiun..telah tiba saat nya.
ibu tak percaya..terus jer google ..


di ambil dari kosmo Online.

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

semoga rohnya dicucuri rahmat,..


'



Monday, April 12, 2010

1st BIRHTHDAY GIVE AWAY-jom join contest-DIBATALKAN..

Tiada sambutan..MAJORITI para blogger tak der gmbar untuk di upload..so ibu batalkan contest ni.. n ibu tetap nak anjur contest..tunggu..
maka dengan rasminya Contest INI DIBATALKAN..




salam semua blogger..sempena ulangtahun pertama puteri ibuQisQas: SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010 ini.
Selamat Hari lahir sayang..semoga di panjangkan  umurmu..semoga ibu diberi peluang  untuk menjaga dan mendidikmu sayang,,semoga menjadi anak yang solehah..Insyaallah..

CUTEST BABY-1 MALAYSIA CONTEST
dengan tema 1MALAYSIA..ibu merasmikan contest ini..bermula dari 
12 APRIL 2010 sehingga 27 Mei 2010..

TERMA & SYARAT -SYARAT PENYERTAAN nyer..

1~ Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower ibuQisQas secara langsung & tak langsung

2~ Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER ibuQisQas di Blog ini..

3~ Linkkan -asyna8286.blogspot.com di blog anda

4~ Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

5~ Sila buat special entry untuk contest ini dan upload 1 keping gambar anak anda berbaju tradisional kaum lain sempena tema 1 MALAYSIA..tak kisah la pakai baju kaum apapun asalkan bukan baju tradisional sendiri..{contoh tengok Banner ye..}[Nayli bangsa melayu memakai baju tradisional kaum CINA]
(Dan juga nyatakan pesanan anda kepada anak anda)

6~  Had umur baby : newborn - 5 tahun

7~ Sertakan Nama peserta, umur dan tarikh lahir,

 8~ Sila tinggalkan link / url blog anda di comment ibuQisQas ini bagi memudahkan ibuQisQas melihat penyertaan anda.

9~Keputusan nyer ditentukan Puteri Birthday sendiri(dengan cabutan nama finalis terakhir yang ibu pilih)

10~ ibuQisQas dengan rela hatinya menyediakan hadiah untuk 3 pemenang utama + 5 pemenang sagu hati

Hadiah untuk pemenangnya TUNGGU..ibuQisQas Upload kemudian yer..

CONTEST BANNER (SILA AMBIL)

BannerFans.com


p/s: 1st time anjur contest,,huhu..moga ada sambutan..


'



Sunday, April 11, 2010

ibu dapat tawaran kerja..

ibu terima email...dah cuba google..memanglah ada iklan nie..tapi tahun 2006 pulak..entahla..susah nak percaya..sape tahu? betul ke tidak nie..



Sunday, 11 April 2010 13:39:09
JOB OFFER
...
From:
NIPPON OIL AND GAS
...
Add to Contacts
To:

HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
NIPPON OIL EXPLORATION (MALAYSIA), LTD
Lot 1168, 3rd Floor Wisma Interhill,
Miri Waterfront Commercial Centre,
98000 Kuala Lumpur  Malaysia.
Tel: +60 10290 2643 Fax +603 2033 4506

ATTN: APPLICANT
INTERNATIONAL EXPATRIATE OFFICIAL JOB ONLINE INTERVIEW
Your name has been shortlisted/Chosen among the Lucky expatriates who
submitted the CV to the MALAYSIA ONLINE JOB ,before we will issue you
the
Success Letter and the Contract Document You have to fill the following
informations and send it back to us
Full Names
City:
State:
Country:
Zip code:
Sex:
Phone:
AGE:
MARITAL STATUS:
Get back to me as soon as possible.
Email :nippon.oil97@gmail.com
Bar.Hamzah Mohamed
  Head of Recruitment Service
NIPPON OIL AND GAS (MALAYSIA)


'



Sedap nyer

nasi kandar KFC


CUBA JANGAN TAK CUBA..RUGI TAU..hehe


'



Tunggu Kuey Teow Goreng Dan Nasi Goreng nak dekat satu jam..lama ke tidak?

Alkisah hari jumaat hari tue..ayah kena kerja lebih masa..ibu pula dah habis waktu bekerja..jadi ayah bergegas nak hantar ibu balik rumah dulu..ayah kata lapar..jom singgah makan dulu..
selalunya asyik lalujer tepi highway ni,tengok je restoran nie dari jauh, kebetulan ayah nak cepat, kami pun singgahlah restoran tepi highway kajang..jalan .nak ke kajang utama (umah atuk ngah Nayli)
konon lalu higway dan terus makan nak cepatlah kan...yelah , jalan kajang ni bila petang habis waktu bekerja jalan sesak..sampai di restoran yang dituju pada jam 6.05 petang.
mula-mula lagi dah ibu bengang..adaker patut awek tue datang kemudian, cik abang order tu pi layan awek tu dululah..takperla kan ,,mungkin dia tak nampak ayah yang dah cukup beso ni kot... ayah dah datang panasnyer.."kalau lepas ni dia lalu lagi sebelah kita dia buat tak tahu, kita blah je lah"kan ayah dah panas tue..
"sabor,dia tak perasan kot"pujuk lah konon..tapi hati ibu pun dah terbakor nie.. sabor jelah..
cik abang order tue lalu..dan dia tanya"dah order ke belum bang?"
dah tra tang tang awak tu sorang je yang ambik order, adake patut tanya macam tu?nasiblah ayah ok..geleng jelah..perut lapar tu..hehe
lepas tanya terus je blah pulak tu."nak order apa dik?"datang makcik pakai apron..dah tentu lah orang dapur kan..mungkin dia nampak ibu dan ayah duk tengok-tengok cik abang order sorang ni kot..(atau sebab nampak logo kerajaan ke kat baju ayah)entahlah..
order diterima pada jam 6.15ptg(jam betul yer..sebab ayah sibuk tengok jam,,takut lambat)dan jam dinding di kedai tu yang terpampang di tengah kedai.
menu nyer: air sirap ais n air suam..
ibu order kuey teow goreng(cepat sikit siapnya kan) ayah order nasi goreng..tah apa nama nyer.pelik jer.
jom layan gambor di bawah,,,
10 minit kemudian air sampai..fuh lega..
tapi..lagi sepuluh minit nak pukul 7.00 pm. makanan masih belum sampai..
kami dah gelisah..ayah takut lambat, ibu takut kalau ayah lambat nanti ayah melulu pandu kereta..risau sangat.
"jomlah balik, nanti abang lambat"ibu dah risau..
"tepat kul 7.00, tak sampai jugak, kita balik jelah"ayah panas..
order tiba tepat jam 6.55 pm..itupun cik abang order tu dah kekenyangan makan nasi campur dia...barulah order kami sampai..

ada rupa sirap ais ker?dah jadi sirap tawar(hehehe)
lihatlah air sirap ais dengan kuey teow ibu yang masih panas..
air suam dah tentulah jadi air masak biasa ..
 


inilah dia kedai makan paling lambat ibu pernah jumpa..kedai makan thailand lagi ramai, 2 orang tukang masak dah cukup..atuk Nayli dulu pun tukang masak gerai..lagi ramai pelanggan dari restoran ni..termampu nak hidang cepat..memanglah biar lambat asalkan sedap..tapi takkanlah, biar lambat asalkan sedap sampai pelanggan lari dengan sakit hati..
hormat dengan orang sebelum kita nak orang hormat kita. dah tahu lambat, berbudi bahasa lah..bukan tak boleh cakapkan..kami tanya jawabnye, kejap lagi siap..tapi lambat jugak..
bukan nak mengata, tapi ini kenyataan !
ini bukan masak di rumah , ini masak di restoran..takkanlah nak tunggu giliran yang ke empat sampai satu jam..bukannya mintak hidang satu kawah pun kan..
p/s: nasiblah makan ada rasa..kalau tak ayah confirm panas dan meletup...

 maaf di pinta,,saya bukan berkata ikut sedap mulut, tapi itu kenyataan nya..




'



Thursday, April 8, 2010

ADA korang kisah staf POS MALAYSIA NAIK GAJI?

ibu pening sangat-sangat minggu ni,,selepas ianya di umumkan...hai..banyak sangat mulut yang bertanya yang ibu sendiri pun tak tahu..antara ayat-ayat yang di ucapkan rakyat malaysia yang perihatin atau terlebih perihatin atau cemburu..hehe..entahler..jom layan:

"bestlah korang naik gajikan"
"betulker pos tak penah naik gaji selama kerajaan umum naik gaji ni?"
"setem naik harga ker?"
"bolehla belanja makan beso"
"berapa gaji pos naik?"
"selama ini ingatkan kerja pos gaji besar"
."confirm dapatker?"
"kabinet dah luluskan ker belum sebenarnya?"
"harga setem jadi lagi mahal lah lepas ni"
"baru tahu gaji kerja pos ni rupanya sikit sangat yer"
"kesian kat korang kan.baru nak merasa naik gaji"
"pos kan kerajaan, kenapa dari awal tak sama macam kerajaan?"
"sepatutnya swasta, gaji lagilah mahal kan"
"pos ni kerajaan ker, semi goverment ke atau swasta?"

nak tahu semua jawapan ini?tanayalah sendiri pada HQ POS MALAYSIA
SEBABNYER..IBU DAN JUGA KENGKAWAN POS TAK DI BERITAHU SECARA RASMI DAN KAMI TAK TAHU..MENAHU LANGSUNG..




'


e

MaRI-mAri