marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Friday, November 28, 2014

BERSALIN DI 33 MINGGU BERSAMAAN 8 BULAN USIA KEHAMILAN

ASSALAMUALAIKUM..

Pembuka kata..harini 28.11.2014 hari kedua setelah ibu dibenarkan keluar wad bersalin..
Oppssss ibu tak bersalin lagi .Tetapi mungkin sudah menghampiri waktu itu.. 
Pada ahad lepas 23.11.2014 kandungan ibu berlaku tanda kontraksi .Pada mulanya sabtu malam dah terasa tapi ibu hanya mengusap perut dan hanya beranggapan itu hanyalah Braxton Hicks / kontraksi palsu .
Tetapi pada pagi ahad itu kekerapan mengeras dan sakit bertambah kuat dan kerap.. "dah sudah,ibu nak bersalin dahke.YA ALLAH awalnya baby nak keluar"
kerisauan melanda hati ibu,ibu suarakan pada suami a.k.a ayah qisqas.
Dia sudah mula penin tak tahu apa nak dibuat (orang kalau ada darah tinggi ,cengini lah gayanya)
dari pagi hinggga ke tengahari ibu menahan sakit .
Dan tengahari itu ibu nekad membuat pemeriksaan di HOSPITAL AZZAHRAH BANGI.
Sampai di sana doktor memeriksa bacaan jantung dan kontraksi bayi a.k.a CTG .Terdapat abnormal disitu menurut doktor.. Dan apalagi ibu terpaksa diseluk untuk memeriksa jalan bukaan pintu rahim.. 
HAAA!! sudah terbuka 2 cm ..alahai..masatu ibu boleh bertanya pada doktor betul ke ni doktor..Berharap itu hanyalah andaian .Tetapi doktor menyarankan ibu segera ke Hospital Kerajaan menaiki ambulans kerana kandungan ibu yang belum cukup matang .

Di atas sebab itu doktor telah menyuntik satu suntikan DEXA bagi mematangkan paru-paru bayi yang berkemungkinan akan dilahirkan bila-bila masa sahaja. Sakitnya suntikan tu terasa seperti jarum tertinggal di dalam kulit tau..

SAMBUNGAN....

p/s: ibu pening kepala sekarang dan perut kembali mengeras..sekian..

Sunday, November 9, 2014

KARNIVAL UPIN & IPIN DI PICC ~ PENAMPILAN ISTIMEWA ULTRAMAN


Assalamualaikum..dengan penuh keterujaannya entry ibu harini berkenaan ini :-



Karnival Upin & Ipin 2014


Tarikh : 21,22, 23 November 2014


Lokasi : PICC, Putrajaya


Masa : 9 pagi – 10 malam


Masuk adalah PERCUMA



jom semua kita pakat pi yer...Ibu dah book tarikh ni dari awal-awal lagi dengan ayah.. dan yang terbaru opah QisQas pun teruja nak join kami.. Anak-anak ibu Sharifah 's memang sangat meminati UPIN DAN IPIN..
Malah mereka adalah ahli kelab Upin & Ipin.Tak sabar nak jumpa UPIN dan IPIN nanti .. Dan keterujaan mereka bertambah apabila ibu maklumkan ada juga penampilan ULTRAMAN..Apa lagi..jom lah semua pakat pi ramai-ramai ya.. 

PERCUMA JER..
JOM JUMPA DI PICC YA..

p/s : yang penting jangan lepaskan peluang bergambar dengan maskot upin dan ipin yer kengkawan..betui betui   :-)


Untuk info lanjut, boleh lah singgah dan like link ni ya :-
Facebook: https://www.facebook.com/kelabupindanipin
Website: http://upindanipin.com.my/















Sunday, October 26, 2014

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA SCAN BABY BOY!!

ASSALAMUALAIKUM..Tajuk kemain lagi gempak bergegor yer..haha..
 dengan izin Nya alhamdulillah kandungan ibu dah mencecah 28 minggu pada hari ini ..
perut ibu kalini over kedepan..bolehke adik ibu a.k.a mak uda qq kata mcam letak bola je ni..hehe 

dan pada usia kandungan 24 minggu yang lepas ibu pergi dengan sangat-sangat teringin nya pergi buat scan 3D/4D . Ibu book scan tersebut di link 3d/4d malaysia. Walau apapun jantina kalini ibu redha . Walau ikutkan kiraan proses / menstrual cycling ibu bakal mendapat anak lelaki. ibu hanya berserah pada takdir .

Setelah tiba hari yang dinantikan.. ibu dah terpacak di depan KLINIK AS SALAM bandar BARU BANGI  pada jam 9.45 .padahal temujanji pukul 10.20 pagi..haha..


suasana di klinik AS SALAM BANDAR BARU BANGI .


Setelah digodek-godek perut ibu muka baby yang pada mulanya ditutup dengan tangan ditunjukkan.. Kaki baby yang sangat tak reti duduk diam..asyik menendang perut ibu je dengan ligatnya. 
kaki si kecil..comel je..



inilah dia wajah bakal anak ibu QisQas ..insyaallah EDD 20012015.
hidungnya over kombang..haha

DAN JANTINA NYA ~
INSYAALLAH BOBOY.. :-)

 Nampak tak anak panah yang doc dah tandakan tu..hihihi..apa tu ya ..
susah nak snap gambar ni tau.. ibu terpaksa ngiring kekiri baru cik Celynn dapat..


ha ni ada lagi rupanya  ya..ibu snap kembali di dalam vcd yang diberikan..

 ibu dikenakan bayaran RM 120.00
dapat sekeping gambar muka jelas
 sekeping carta perkembangan 
dan juga VCD tersebut ..

ALHAMDULILLAH..SEMOGA SCAN NI BOLEH DIPERCAYAI LAH YA..DOAKAN KAMI BERDUA SIHAT SEMPURNA SEHINGGA DI PERMUDAHKAN KELAHIRAN SI KECIL INI NANTI YA

P/S: ketentuan Allah..jika DIA mahukan itulah dia..jika dah keluar puteri jua..siapalah kita sebagai hambanya mampu menafikannya.. 


Sunday, October 19, 2014

WANITA sangatlah istimewa...

renungan sepintas lalu...
Mengapa WANITA sering menangis?? Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh
teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat. Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa...

Sunday, May 25, 2014

SAYA MENGANDUNG ANAK KE EMPAT DI USIA 28 TAHUN :-) ??

ASSALAMUALAIKUM..
 bikin gempak je tajuk N3 ni ya..dah lamanya tak menulis coretan di blog ni..bersawang gamaknya..

Setelah sepuluh kali membuat ujian kehamilan menggunakan pelbagai jenis strip kehamilan yang negatif akhirnya saya mendapat keputusan positif ..
Seminggu sebelum haid saya dah cuba guna pregnancy test tapi negatif. KENAPA ibu buat test ? sebab perut kedepan.. oh tidak sekali lagi.. buncitkah ibu?  Seluar jeans xleh kancing butangnya.. dan yang paling ketara hujung puting susu terasa pedih sangat saat SHARIFAH AUNI QASDINA menyusu.. terasa-rasa diri ini mengandung , Celah kelangkang sentiasa je sakit, lenguh- lenguh.. setelah cubaan semuanya negatif ibu hanya diamkan diri ..sehari sebelum tarikh jangkaan haid ibu cuba lagi..
Ya !  kali ni ada 2 garisan tetapi kabur sangat.. bila snap gambar pun tak jelas.. ADA harapan tu.. keterujaan macam nak dapat anak 1st..hehe

Ibu ambil keputusan akan buat ujuan kehamilan sekali lagi pada 3 hari yang akan datang semasa pulang ke kampung jatuhnya hari lahir ayah QisQas.. kali ni ibu beli pregnancy test digital  ..ala-ala Fasha Sandha tu..hehe

ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN POSITIF PREGNANT 3+ MKNANYA DI SITU 4 MINGGU SUDAH.. 
DAN SEMINGGU LEPAS tu ibu pergi ke klinik untuk sahkan ..doktor sahkan positif juga tetapi sebabkan masih awal tak dapat scan apapapun..

so next week 7 minggu ibu nak buat buku dah.. moga scan tiada masalah ya..takut sebab ibu asyik tak cukup nafas je..

Kalini terasa perut  sangat - sangat kedepan dan terlalu mengah ..asyik nak semput je.. sapu sampah pun dah macam berlari .semoga kehamilan kalini dipermudahkan.. 

YANG PALING BEST KALI NI IBU TAK MABUK/ MUAL-MUAL DAN KERAP MUNTAH.. 
TERASA SIHAT SEPERTI TIADA MENGANDUNG..HEHE
moga berlanjutan hingga ke akhir trimister...
 

RAMAI YANG MASIH TAK TAHU IBU MENGANDUNG. MAAFLAH YA.. BIARLAH SEMUANYA DAH DISAHKAN DOKTOR BARULAH DIHEBAHKAN.. 
DAH DAPAT BUKU PINK BARU IBU NAK UMUMKAN..HEHE


MaRI-mAri