harini dan esok ibu sibuk..coz nak sambut ulangtahun pertama Nayli
.saje wat awal sehari sebab esoknyer nak terus bwak Nayli pi cucuk...heheh
dan kepada semua para peserta,keputusan contest ibu akan umumkan secepat mungkin k..tunggu..
'
apa ada pada kehidupan???.suka,duka, pahit,manis..segalanya perlu kita harungi..walau itu bukan kehendak kita..tetapi itulah realiti KEHIDUPAN..kehidupan kita di alam ciptaan NYA..
mehlah ibu citer sikit yer..malam 21julai 2008...Qistina menangis ketakutan di dalam bilik tidur kami..ibu pun tak pasti apakah sebabnya..ibu membaca ayat kursi di telinganya..tangisannya tetap ada.nak kata kembung pun tidak,opah yang terdengar suara Qistina muncul di muka pintu..Qistina turun ke tingkat bawah..rupanya dia nak main..malam tu jugak Qistina tunjuk yang dia dah boleh berjalan..seronok Qistina malam tu..ibu tak tahu malam itu adalah malam terakhir kami bersama..jam dah hampir pukul 1 pagi ibu paksa Qistina tidur..ayah dah lama tidur sebab pada malam tu ayah demam,makan ubat yang menyebabkan mengantuk.ibu yang tak sedap hati kuncikan jam penggera pukul 2.30 pagi..tiba-tiba ibu tersentak dari tidur,terkejut sangat ..ibu intai Qistina..Ya ALLAH anak ibu dah berbuih bercampur darah di mulut dan hidungnya,,ibu menjerit sekuat hati memanggil ayah..beberapa minit kemudian jam penggera ibu berbunyi..tepat jam 2.30 pagi,ayah meluru menjerit memanggil opah dan atuk..atuk segera membawa kami ke hospital..kalaulah ibu lakukan CPR pada masatu..dalam perjalanan ke hospital,berbagai ayat ibu ucapkan di telinga Qistina..sehinggakan ibu meminta ibu di tukarkan tempat dengan Qistina waktu itu..sampai di wad kecemasan,semua doktor dan nurse buat apa yang patut.ibu dihalau duduk di tempat lain,ibu bertegas nak berdiri di sebelah Qistina..ayah pada waktu itu dah tak bermaya,meraung-raung,.ibu kuatkan semangat bila lihat ayah macam tu..Ibu berkata dalam hati supaya selamatkanlah anak ku ini...tetapi hanya Allah yang menentukannya..