marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Friday, November 28, 2014

BERSALIN DI 33 MINGGU BERSAMAAN 8 BULAN USIA KEHAMILAN

ASSALAMUALAIKUM..

Pembuka kata..harini 28.11.2014 hari kedua setelah ibu dibenarkan keluar wad bersalin..
Oppssss ibu tak bersalin lagi .Tetapi mungkin sudah menghampiri waktu itu.. 
Pada ahad lepas 23.11.2014 kandungan ibu berlaku tanda kontraksi .Pada mulanya sabtu malam dah terasa tapi ibu hanya mengusap perut dan hanya beranggapan itu hanyalah Braxton Hicks / kontraksi palsu .
Tetapi pada pagi ahad itu kekerapan mengeras dan sakit bertambah kuat dan kerap.. "dah sudah,ibu nak bersalin dahke.YA ALLAH awalnya baby nak keluar"
kerisauan melanda hati ibu,ibu suarakan pada suami a.k.a ayah qisqas.
Dia sudah mula penin tak tahu apa nak dibuat (orang kalau ada darah tinggi ,cengini lah gayanya)
dari pagi hinggga ke tengahari ibu menahan sakit .
Dan tengahari itu ibu nekad membuat pemeriksaan di HOSPITAL AZZAHRAH BANGI.
Sampai di sana doktor memeriksa bacaan jantung dan kontraksi bayi a.k.a CTG .Terdapat abnormal disitu menurut doktor.. Dan apalagi ibu terpaksa diseluk untuk memeriksa jalan bukaan pintu rahim.. 
HAAA!! sudah terbuka 2 cm ..alahai..masatu ibu boleh bertanya pada doktor betul ke ni doktor..Berharap itu hanyalah andaian .Tetapi doktor menyarankan ibu segera ke Hospital Kerajaan menaiki ambulans kerana kandungan ibu yang belum cukup matang .

Di atas sebab itu doktor telah menyuntik satu suntikan DEXA bagi mematangkan paru-paru bayi yang berkemungkinan akan dilahirkan bila-bila masa sahaja. Sakitnya suntikan tu terasa seperti jarum tertinggal di dalam kulit tau..

SAMBUNGAN....

p/s: ibu pening kepala sekarang dan perut kembali mengeras..sekian..

Sunday, November 9, 2014

KARNIVAL UPIN & IPIN DI PICC ~ PENAMPILAN ISTIMEWA ULTRAMAN


Assalamualaikum..dengan penuh keterujaannya entry ibu harini berkenaan ini :-



Karnival Upin & Ipin 2014


Tarikh : 21,22, 23 November 2014


Lokasi : PICC, Putrajaya


Masa : 9 pagi – 10 malam


Masuk adalah PERCUMA



jom semua kita pakat pi yer...Ibu dah book tarikh ni dari awal-awal lagi dengan ayah.. dan yang terbaru opah QisQas pun teruja nak join kami.. Anak-anak ibu Sharifah 's memang sangat meminati UPIN DAN IPIN..
Malah mereka adalah ahli kelab Upin & Ipin.Tak sabar nak jumpa UPIN dan IPIN nanti .. Dan keterujaan mereka bertambah apabila ibu maklumkan ada juga penampilan ULTRAMAN..Apa lagi..jom lah semua pakat pi ramai-ramai ya.. 

PERCUMA JER..
JOM JUMPA DI PICC YA..

p/s : yang penting jangan lepaskan peluang bergambar dengan maskot upin dan ipin yer kengkawan..betui betui   :-)


Untuk info lanjut, boleh lah singgah dan like link ni ya :-
Facebook: https://www.facebook.com/kelabupindanipin
Website: http://upindanipin.com.my/















MaRI-mAri