marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Saturday, December 29, 2012

REBAT RM 200 UNTUK TELEFON BARU..

BIKIN Gempak jer tajuk..yezza..ibu termasuk dalam kategori layak coz bawah 30 kan..
tapi kan macam tak best jer sebab tak dapat nak upgrade telefon yang sedia ada sebab syaratnya pembelian untuk telefon berharga RM 500 ke bawah sahaja. Rebat RM200 HANYA dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500.pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun mengeluarkan senarai telefon pintar (smartphone) 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini. Berikut merupakan senarai telefon pintar ditawarkan :-
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

HAHAHAHA..KORANG rasa nak kena tebus sila-silalah pergi ke kedai telefon yang terpilih yer..**kena daftar di SKMM dulu dan kena download baru boleh tebus yer**

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 akan datang dan boleh mendaftar melalui laman rasmi SKMM. Syarat untuk mendapatkan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) ini ialah :-
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Dividen ASB tahun 2012

Hanya tinggal 4 hari lagi 2.1.2013..Bermulalah situasi sesak di semua pejabat pos,di semua bank..korang tau kenapa?,,semua ASB punya pasal lah..

update update jangan tak update..kemaskini selagi boleh..

harap maklum tahun ni PNB bagi keseluruhan 8.90 % ..beza 0.10 % jer dari tahun lepas...
Rasa-rasa korang banyak ke korang dapat untung dividen tu,...jangan terkejut jika dapat yang tak sepatutnya yer..korang kena maklum cara pengiraannya dahulu baru korang tau punca kenapa kurang dapat yer..
nak confirm dapat full kiraan peratus tu korang semua kenalah menyimpan duit sebelum bulan 9 atau 10..LAGI AFDAL masukkan duit pada bulan 8..jika selepas bulan tu korang masuk berpuluh ribu pun PNB takkan kira full punya yer..

pada yang dapat banyak tu beringat lah yer..lagi-lagi pada yang ada buat loan ASB tu yer..memang masyuk..gunakanlah duit itu pada yang sepatutnya..



Wednesday, December 26, 2012

TERBAIK UNTUK PARA IBU~VITAMIN FRom SHAKLEE

YES..AKHIRNYA IBU BERJAYA MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA SHAKLEE.

Nak rahu apa itu SHAKLEE?..ibu dah tahu lama sejak dari sekolah lagi.Ayah ibu a.k.a atuk QisQas amalkan vitamin-vitamin sebagai makanan tambahan dari produk SHAKLEE..Sekarang ibu kembali mengenali SHAKLEE sebab itu adalah produk paling terbaik dan berkesan bagi para-para ibu terutamanya yang menyusukan anak atau mengamalkan penyusuan SUSU IBU sECARA EKLUSIF..

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

jika berminat Sila jangan segan bermesej -mesej dengan ibu yer..walau ibu masih baru jadi ahli tp adalah serba sedikit pengalaman tentang Produk Shaklee ni yer.. 


Thursday, December 13, 2012

ASB dah nak tutup akaun!

ASB akan ditutup dari segala urusan bermula 18 december ini hingga ke 1.1.2013..

berapa percent belum diketahui lagi..tunggu jelah ngupdate 2.2.2013 yer.

bila dah kata ditutup dari 18.12-01.01 sudah tentulah sepanjang tarikh tu tak boleh buat apa urusan pun.tapi ada juga manusia yang tidak memahaminya..Bila ditegur katanya tahu tapi bertanya juga..nak kata bodoh xjuga sebab berjawatan tinggi.bukan kuli syarikat pun..tak tahulah ragam orang-orang yang macam ni..

korang nak makan full percent dividen dari simpanan itu perlulah simpan duit di dalam akaun sebelum bulan 9 atau sepuluh..jika selepas bulan-bulan tersebut baru terhegeh-hegeh nak masukkan duit korang janganlah bising bila dikira mcam xbtul percent nya.

p/s:---korang taknak tunggu lama semata-mata nak update buku ASB tu silalah jangan buat urusan asnb psanpada  2 atau 3 minggu pertama selepas dibuka urusniaga kembali.masa tu semua sanggup beratur panjang

Sunday, December 9, 2012

DAKU BERMADU..

OH TIDAKKKK..!!

rentetan tajuk entri kalini..ibu nak gelak besar..sebabnya tak sangka sangat tetiba cerita yang berkaitan luahan perasaan ibu pada pagi itu..sebiji sama..nak tahu sila ke link ni madu

apa yang ibu rasa sudahpun di terjemahkan di CEREKARAMA TV3 semalam. tajuk al kisah nya 'Cinta Dari SYurga'.

sanggup berpisah dan meminta cerai dari suami dari menanggung dosa kerana sakit hati  dan juga cemburu untuk kebaikan diri sendiri...dan juga dari membiarkan si suami menanggung lebih banyak dosa..

ITULAH DIA apa yang IBU QISQAS akan buat...sama seperti Mia .. :-)...

p/s: yang bezanya ibu dan ayah bernikah bukan sebab di paksa atau dicabar sesiapa yer...dan ibu telah melahirkan 3 orang puteri..putera je belum..doakan akan dapat juga putera yer..selagi takder putera selagi tu kena mengandung kot..hehe..




Saturday, December 8, 2012

Anak-anak ibu yang semakin MEMBESAR

ALHAMDULILLAH sudah menghampiri ke penghujung tahun 2012..
Ibu sudah berusia 26 Tahun.Ayah sudah berumur 30 tahun.Aruah kak LONG SHARIFAH QISTINA sudah 4 tahun meninggalkan ibu.Jika panjang umurnya sudah berumur 5 tahun..Kak  Ngah SHARIFAH NAYLI QASRINA sudah 3 tahun 7 bulan.Adik SHARIFAH AUNI QASDINA sudah 1 tahun 2bulan..

sungguh cepat masa berlalu kan...anak-anak ibu semakin membesar.pelbagai ragam dan aksi yang baru dari hari ke hari yang lain..

kak nGAH semakin bijak berkata-kata ,menghafal segala macam lagu dari pelbagai Dvd pembelajaran dan dari TAB..dan juga lagu korea dari laptop acu nya..,,musim korea..ibu tahu tup tup sharifah nayli tunjuk demo menari ala korea.nak marah tapi tengok jadi lucu..kecuali gangnam yer yg itu ibu tak boleh terima.semua ibu marah sebab bagi anak ikut dan tiru..terkangkang kangkang.ingat cantikke anak dara ibu menari gaya tu..hishh..

Adik semakin ligat. sangat lasak.berpaling sekejap je dah hilang.bagai nak gugur rasa jantung ibu..
berjalan masa umur 9bulan.tumbuh gigi masa umur 10 bulan.pandai tunjuk dan bagi isyarat macam-macam tapi lambat bercakap pula..apapun ibu tahu adik budak yang sangat cerdik..


semoga kami berbahagia hingga akhir hayat jika diizinkan ALLAH..

INSYAALLAH..



POLIGAMI...SUAMIKU?.. YA TUHAN...

Siapa yang suka berpoligami angkat tangan..hahahaha..Isteri Mana ada yang suka pada mulanya berpoligami ni..termasuklah saya si Ibu QisQas ni..
tajuk entry kalini sangatlah suspend je kan. Memang minta dijauhkan..Di pejabat kami bersembang sesama rakan sekerja..Ada yang berkata "Rugi kak kalau taknak berpoligami..akak bagi akak akan dapat PAYUNG EMAS".. hahaha,.."payung emas lah sangat kalau hati ni sakit,tak redho , asyik simpan dendam,asyik marahkan suami.takke lagi dapat DOSA jer macamtu.".Ibu belajar mengenai poligami itu di Madrasah dulu.Ibu memang anti kepada wanita-wanita yang merampas suami orang ni..tapi Ibu bukan anti POLIGAMI ok..

SEbenarnya poligami disyariatkan untuk membantu kaum wanita yang lain terutamanya ibu tunggal.tetapi zaman sekarangni alasannya dah lain.

~bini dah gemuks(walhal si suami punyer kojer-tak sempat setahun lepas pantang sudah mengandung lagi)
~bini sibuk dengan anak(udah suami tak menolong-tahu buat anak je)
~bini sibuk bekerja(udah suami tak mampu settle payment 100%)
MACAM-MACAM LAGI ALASAN SI SUAMI ZAMAN SEKARANG NI..
PADAHAL SEMUA ITU BERPUNCANYA DARI SI SUAMI SENDIRI

Siapalah Ibu ni nak menghalang poligami itu terjadi..Suami kita sebenarnya bukan hak kita sepenuhnya pun.Jika sudah tertulis oleh Allah begitu maka begitulah jadinya..

Ibu cuma mampu berpesan kepada ayah a.k.a suami ibu.."jika nak menambah bini sila-silalah lupakan isterimu ini..daku tidak sanggup berkongsi kasih dan tidak sanggup menambah dosa"
memanglah meminta dilepaskan itu berdosa..tetapi jika demi kebaikan pada masa itu diharuskan..
sebab ibu tahu ibu tak mampu nak teruskan kehidupan jika menghadapi situasi ini..
KENAPA tak boleh?..sebab ibu hanyalah manusia biasa ..masing-masing tahu kelemahan diri sendiri.Demi mengelakkan hati lebih menderita usahlah diteruskan..walau sayang itu sangatlah kuat..
TERUSKANLAH dengan redho MELALUI KEHIDUPAN TANPA SUAMI DI SISI ALLAH ..

p/s : lebih tenang melalui kehidupan tanpa suami dari melalui kehidupan dengan suami yang dikongsi..

wahai wanita yang sudah berpoligami tahniah kerana anda berjaya tabahkan diri..buat yang lain jika sama mcam ibu ini teruskanlah kehidupan dengan anak-anak tersayang  bersama mak ayah (jika masih hidup) dengan lebih tabah..



New Maxi DRESS~Chiffon Dress-RM 75.00

Penny66 - 

BLUE
GREY
MUSTARD
PURPLE 
PINK
BLACK

Long sleeve chiffon dress with lining With free belt
(tak jarang)

RM75

* free size (can fit up to L size)
* dress length 142cm,
* bust 46cm,
* waist 43cm
* armhole 23cm.














MaRI-mAri