marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Friday, May 21, 2010

ubat kUrus yang BErkesan??

INI tentang Perfect slim slimming patch .nak tahu ape klik ini.ibu nekad nak kocikkan badan ni..Alhamdulillah,,,ada perubahan ketara..
antaranya:
  •  setiap pagi ibu berlari ke toilet..hahaha(dulu de msalah sikit pada pembuangan)
  • ibu dah tak kuat makan macam dulu,nasi ambik sikit dah kenyang tau..(semua pelik tengok nasi ibu yang ciput)hahaha
  • makan pagi jer,tgahari rasa kenyang lagi..petang baru makan dan makan sikit jer..(satu hari dalam sejarah hidup ibu makan KFC ayam seketul dah kenyang ya amat..sedangkan tengah lapar tu)
  • segala sendi -sendi lenguh-lenguh sikit(mungkin perubahan hormon kot)
  • tampal di kaki,bau ubat itu terasa pedih di hidung selepas dah habis waktu gunanya(tanda ada resdung kot) 
  • badan ibu banyak jerawat kuar pulak(tanda kuarkan toksik lah tu yer)
  • Kuat minum air masak dah sekarang..
  • yang penting...hehehe..ibu baru jer lepas sarung kebaya lama..takderlah seketat dulu..hahaha 
macam tak percaya hasil awalnya secepat ini..
ALhamdulillah..semoga ianya berkesan sehingga matlamat ibu tercapai..insyaallah


'

MeNinggal Dunia?

ibu memang takut mati..sebab ibu rasakan illmu islam dan iman ibu masih belum cukup sebagai titian menuju hari akhir..takut jika menuju ke jalan yang salah..
tetapi jika tersurat..siapalah kita untuk menentukannya..kita hanya layak merancang..
hanya sepuluh hari bakal tiba ulangtahun kelahiran Nayli...
memang teruja tahun pertama untuk ibu menyambut hari lahir anak walau sudah dua kali melahirkan..baru tadi di pejabat ada orang bertanya pada ibu tentang anak.."saya ibu anak dua...sulung aruah,hidup sorang"..patutkah jawapan ibu itu di kira salah?katanya:"anak hang sorang saje yang hidup bagitahu sahajalah anak hang ada sorang jer"
panas hati ibu..bukannya dia tanya berapa orang anak hang yang hidup
..barulah betul jawapan dia tu..eeee geram..
Aruah Sharifah Qistina a.k.a kakak Nayli..meninggal pada umur 8 bulan hidup bukannya lapan bulan dalam perut,,aruah sudah dapat berjalan pada malam terakhir dulu..takkan sekelip mata kita sebagai ibu bapa nak melupakan anak itu dengan mengatakan dirinya tak pernah wujud..
saat kelahiran tetap terasa kesakitannya sudah semesti tak dapat ibu lupakan.apatah lagi saat melihat anak bertarung nyawa ke akhir nya..

bila berkata tentang aruah ramai yang tertanya-tanya sebab dia meninggal dunia..
nak di beritahu pun susah..
mehlah ibu citer sikit yer..
malam 21julai 2008...Qistina menangis ketakutan di dalam bilik tidur kami..ibu pun tak pasti apakah sebabnya..ibu membaca ayat kursi di telinganya..tangisannya tetap ada.nak kata kembung pun tidak,opah yang terdengar suara Qistina muncul di muka pintu..Qistina turun ke tingkat bawah..rupanya dia nak main..malam tu jugak Qistina tunjuk yang dia dah boleh berjalan..seronok Qistina malam tu..ibu tak tahu malam itu adalah malam terakhir kami bersama..jam dah hampir pukul 1 pagi ibu paksa Qistina tidur..ayah dah lama tidur sebab pada malam tu ayah demam,makan ubat yang menyebabkan mengantuk.
ibu yang tak sedap hati kuncikan jam penggera pukul 2.30 pagi..
tiba-tiba ibu tersentak dari tidur,terkejut sangat ..ibu intai Qistina..Ya ALLAH anak ibu dah berbuih bercampur darah di mulut dan hidungnya,,ibu menjerit sekuat hati memanggil ayah..beberapa minit kemudian jam penggera ibu berbunyi..tepat jam 2.30 pagi,ayah meluru menjerit memanggil opah dan atuk..
atuk segera membawa kami ke hospital..kalaulah ibu lakukan CPR pada masatu..
dalam perjalanan ke hospital,berbagai ayat ibu ucapkan di telinga Qistina..sehinggakan ibu meminta ibu di tukarkan tempat dengan Qistina waktu itu..sampai di wad kecemasan,semua doktor dan nurse buat apa yang patut.ibu dihalau duduk di tempat lain,ibu bertegas nak berdiri di sebelah Qistina..ayah pada waktu itu dah tak bermaya,meraung-raung,.ibu kuatkan semangat bila lihat ayah macam tu..Ibu berkata dalam hati supaya selamatkanlah anak ku ini...tetapi hanya Allah yang menentukannya..


selamat dilahirkan pada : 19 november 2007(9 zulkaedah 1428)
telah dilahirkan di : hospital kajang pada jam 6.32p.m hari isnin
telah kembali ke rahmatullah : 22 julai 2008(19 rejab 1429)
di unit kecemasan hospital kajang pada jam 3.15a.m hari selasa

doktor kata aruah sihat walafiat
tiada jawapan ..
HANYA KEHENDAKNYA MENENTUKAN TAKDIR INI..
TELAH TIBA AJAL YANG DIJANJIKAN.
apapun ibu bersyukur di beri peluang walau seketika..


ibu diceritakan kembali..saat Qistina nak dimasukkan ke liang lahad ,ibu pengsan dan hampir masuk ke liang lahad itu..tetapi sempat di sambut..waktu Qistina diambil dari pelukan ibu, berat rasa hati ini nak lepaskannya..ibu peluk cium walau ibu tahu itu hanyalah jenazah..dulu ibu takkan dapat tahan bau jenazah atau bau minyak kapur barus,mesti pening ,sesak nafas ataupun muntah...tapi semasa peluk Qistina ibu rasakan itulah bau yang paling wangi..sungguh ibu tak sangka..
setiap detik ibu tatap gambar Qistina,,ibu masih merinduimu sehingga kini sayang,,
 
AL FATIHAH..
ALHAMDULILLAH DI ATAS SEGALA KEhendak MU YA ALLAH
Aku tetap insan yang lemah..

'

MaRI-mAri