marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Sunday, August 30, 2009

CONTEST UNTAIAN KALIMAH RAMADHAN

teringin pulak nak masuk contest nie...kita cuba yok..

Ramadhan ini aku sendiri
Bukan sendiri tanpa teman disisi
Tetapi sendiri menghitung diri
Dapatkah ramadhan ini ku akhiri
Ramadhan ini apakah ertinya
Adakah kamu gembira dengannya
Terdetik dihati alangkah riangnya
Kita semua kan sempurna mengakhirinya

Ramadhan ini mungkinkah kita akhiri
Tiada siapa pasti jawapannya
Hari ini kita kuat berdiri
Mungkinkah esok kita bertemuNYA

Ramadhan ini sungguhku teruja
Kali pertama zuriatku disisi
Mungkin patut dibiarkan sahaja
Tetapi dihati  teringat zuriatku yang telah pergi

Ramadhan ini ku harapkan berkekalan
sebagai hari kesenangan akhirat
Tetapi ianya sudah ditentukan
Salam ramadhan kepada kalian

CONTEST UNTAIAN KALIMAH RAMADAN


bagaimana caranya?
1.terbuka pada follower ku , pada yang belum..cepat2 jadi folower dan add Medai Medai(http:nik-kingsyah.blogspot.com) dalam bloglist{mestilah jadi follower MeDai MeDai}-saya sudah

2. buat entry kat blog masing2 pasal kata2 indah, pantun atau apa saja tentang Ramadhan. takmo buat entry boleh tulis kat coment.{ikutla kreativiti sendiri ye}-saya sudah


3. link balik ke Medai Medai-saya sudah

4. tinggalkan pesan kat komen dan emel utk mudah di hubungi-saya sudah


5. jangan lupa tempek banner contest ni kat side bar..-awal-awal sudah letak tau

HADIAH?
Yang pastinya ku nak bagi TUDUNG RAYA dan KAIN PASANG yang sedondon
dan hadiah2 misteri..{insyaallah untuk pemenangnya}
sayang...

salam..

harini kami sekeluarga makan besar di luar..kami tuju ke restoran Tasik Idaman ...dah abis makan baru teringat nak bergambar dengan menu ...apa nak wat..licin dah..bygkanlah,berbuka hanya dengan kurma,mnum air, solat dan terus bersiap ke restoran..lapar tue..kita zaman sekarang kuat mengeluh.. ..laparnya lah kan..yela tak makan satu ari..puasa la katakan..zaman nabi dulu hanyalah kurma,roti sahaja menu mereka....bersyukurlah kita di zaman ini..masih ramai yang tak bersyukur kan..beringatlah anda selagi rezeki itu masih ada...

sayang...

Sunday, August 23, 2009

jom buat..

dah lama x buatni..tp pernahla buat..nak kongsi dgn korangla..nak tegangkan muka..nak bagi muka x berminyak atau nak hilangkan parut dan jerawat cara-caranya...mungkin ada yg tahu..
gunakan buah tomato yg dah cukup masak..potong halus ,hancurkan..nak senang parutlah..gaulkan isi dengan biji nya..ambil sebiji telur.gunakan putihnya sahaja..


digaul kedua-duanya..kemudian sapu di seluruh muka..sebagai mask..biarkan kering..kemudian basuhla muka anda dengan air suam..selawat nabi dan niat di hati..

sayang...

Cubalah di rumah..

ermmmm sedap betul rasanya..td tak rasa lg..la ni dah rasa tak cukup tue..hehe
memang terasa segala rasa..nk ckp pun xreti dah..apapun memang sedap tau

 sayang...

nak kurus??

rasa tak mampu nak beli ubat-ubat kurus..nak pi spa..nk pi buat macam artis-artis kita tu cubala ni..
gunakan beberapa keping asam keping,beberapa iris halia.ikut ketahanan diri masing-masing..
rebuskan kedua-duanya sehingga lmbut dan air mengeluarkan warna kekuningan..minumla suam suam..selawat nabi 3kali..INSYAALLAH akan berkesan..bergantung kepada antibodi diri..
sayang...

Pemanis Mulut iStimewa

nilah dia hasilnya selepas ibu mertuaku menonton program masakan bersama siti nurhaliza...


ramuan:sagu,gula merah,susu cair dan epal sbg hiasan
                                                                                  sayang...

tudung ct nurhaliza??


konon nak try fesyen ct la nie...hehe
silala bg komen..ana tak berapa pandai nak melawa nie...

sayang...

HUJUNG MINGGU...

Tajuk pe tue...arini dah hari kedua kita berpuasa...rasa baru semalam kita tinggalkan tahun yg lalu..
Tahun ni tahun pertama ana berpuasa ada anak di sisi...walau ini zuriatku yg kedua..sebak rasanya hatini,,
Cadangnya pagini nak pergi ziarah kubur aruah anakku yg tersayang..macam2 masalah pulak yg datang.
Tiba-tiba ketua ana nak bg taklimat kat opis...leceh rasanya..dahla cuti ari ahadje.nk cuti sabtu pun kena tggu first week...pulak tu ujung2 minggu ni la macam2 ana nak wat..time tu la baru nak basuh membasuhnye..mengemas apa yg patut..ni baru je sudah membasuh baju..

Al kisah yg wat kan ana merungut nie sebabnya ana punya mesin nak rosak..beli punyalah besar..tapi....erm..mungkin dah banyak tangan yg guna kot..sape2 leh bg sebab knp mesin xleh pusing walau air dh tggelamkan baju2 tue ek..mak mertua ana ckp sebab bwh mesin tu bocor...yeke..
Lepas solat subuh terusla basuh, selepas basuh ingatkan lehla sambung tido kejap sementara nk pi opis kjp lgnie..tp xleh dah.tengok jam tggal 1jam je..hai tak boleh....karang kalau tido mesti tak leh pi taklimat punyer..hehe..
sayang...

Saturday, August 22, 2009

koleksi utk kerja...

 
barang2 keperluanku di pejabat

Gambar bila ni

sayang...

 
APA TUE...?
sayang...

agungnya ciptaan tuhan...ALHAMDULILLAH..

suka betul ana tengok gmbar-gambar ni...seronok sangat
sayang...

sedap nyer...

inilah hasil tanganku....

xberapa pandai..tp lakula jugak dimakan..sampai licin tau

hehe



Monday, August 17, 2009

hari-hari inilah kerjaku...kira..jgn x kira...

nak tau jawapannye berapa..jom kira..


For more widgets please visit www.yourminis.com


Saturday, August 15, 2009

JANGANLAH KITA PENTINGKAN DIRI

Adakah anda tahu, manusia yg paling baik hidup di atas muka bumi adalah manusia yg selalu berusaha memberikan manfaat dan kebaikan kepada org lain..bukankah manusia yg paling mulia adalah manusia yg memiliki keihklasan dlm memperjuangkan keselamatan diri dan juga org lain???

Susah sangat nak berikan pertolongan, cukupla kita mendoakan jiran tetangga, saudara mara dan semua manusia la ..doakan sama seperti apa yg kita inginkan dalam kehidupan ini..mungkin kita tak penah terfikir nak buat macamtu kan...asyik sibuk je dengan urusan sendiri yg tak pernah habis-habis pun..malah kita tak timbul rasa kasih pada org lain yg kita anggap asing..kerana kita terlalu memikirkan diri sendiri..

Daripada Anas Bin Malik, Rasullullah bersabda yg bermaksud: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan utk dirinya sendiri."{Riwayat Al-Bukhari,Muslim, Abu 'Uwanah, an Nasai, At Tirmidzi, Ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad}

mungkin dah tiba masanya kita bersatu dan tak hanya mementingkan diri sendiri je..kalaulah kita semua bersatu padu, saling mengajak kepada kebaikan dan ketaatan kepada ALLAH S.W.T, juga selalu berdoa dgn kesungguhan, insyaallah ALLAH S.W.T akan merubah keadaan kita kepada situasi yg lebih baik...

susah sangatke nk ucapkan syukur??

Alhamdulillah syukur..kan senang tue..utula kalimah yg selalu kita ucapkan andai kita mendapat apa-apa anugerah..bersyukur adalah satu tindak balas yg baik bg diri kita..tak kisahlah sama ada melalui perkataan ataupun perbuatan..sebenarnya tidak ada sesiapa pun layak menerima kesyukuran dan pujian tau..selain ALLAH S.W.T..kerana semua nikmat dan pemberian itu dari ALLAH semata-mata..

Sebagai tanda syukur kepada ALLAH S.W.T,kita hendakla mengekalkan kepercayaan kita yg baik kepada-NYA serta meletakkan keyakinan kepada ALLAH S.W.T dlm apa jua keadaan sekalipun...ianya mestilah diiringi dgn ketaatan kita beribadah kepada-NYA..

Rasulullah bersabda yg bermaksud,"sesiapa yg diberi sesuatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya,sesiapa yg mengingatinya dianggap bersyukur..sesiapa yg tidak mengenangkan budi yg diberi, dia akan dianggap sebagai kufur nikmat"{Riwayat At-Tabrani}

Jadinya...kita suburkanla budaya bersyukur dlm masyarakat,dengan menyedarkan diri dan org lain utk menghargai keamanan, tidak lupa daratan, tidak salah gunakan kemewahan,hindari maksiat dan gejala tidak sihat yg akan mengakibatkan kecelakaan pada diri,keluarga dan juga masyarakat...ini kerana semua ini adalah tanda-tanda kufur terhadap nikmat ALLAH S.W.T.
seperti yg kita ketahui sekarang ini...terlalu ramai manusia di depan kita kufur terhadap nikmat-nikmat ALLAH..

Tanda berdyukur dlm perkhidmatan pula menjadikan khidmat kita kepada negara dan orang ramai sebagai satu ibadah..bukanlah sekadar untuk makan gaji..kita di upah bekerja untuk menggerakkan jentera kehidupan...untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara..demi kepentingan kita semua..

Minta dijauhkan diri kita..keluarga kita..dan masyarakat kita dari bala yg bakal tiba kerana tergolong dlm golongan kekufuran nikmat-nikmat NYA..AMIN...ya rabbil alamin...

Friday, August 14, 2009

tahukah anda...

1.


Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

* Common Cold

1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari

* Pharyngitis / radang tekak

1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya

* Pneumonia/ jangkitan paru-paru

1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital



2.


Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Lagi...


3.


Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.
Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.


4.


Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en


5.


Apakah gejala virus ini?
Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.


6.


Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.


7.


Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?

Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.


8.


Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan



9.


Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.


10.


Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat



11.


Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).


12.


Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.


13.


Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.


14.


Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.
Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.


15.


Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


16.


Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut


17.


Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


18.


Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


19.


Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.


20.


Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.


21.


Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti


22.


Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Lagi...


23.


Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.


24.


Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.


25.


Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.


26.


Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness

Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH

SALAM...
time rehat tadi waktu ana tgh makan di bilik makan pejabat..sambil tu mata melirik di televisyen comel di depan..saat-saat akhir nak menghabiskan lauk pauk ku...terasa tercekik bila terdengar khabar di berita..berita jam 1.30...INNALILLAHIRAJIUN...
USTAZ ASRI PENYANYI UTAMA KUMPULAN NASYID TERSOHOR..RABBANI..TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YG TERAKHIR PADA JAM 11.30 PAGI TD..tersentak rasa atini..x taula sbb per..tba2 rsa sdih..meremang bulu roma time tu..kumpl.RABBANI kumpulan yg paling ana suka zaman sekolah dlu..mcm xcaye je suara allahyarham yg merdu tu xkan ada suara nya lg...sudah tiba ajalnya..siapa kita untuk mengelaknya..di malam jumaat ini marilah kita sedekahkan bacaan yasin kepada seluruh umat islam yg telah kembali ke rahmatullah..ALFATIHAH

PERGI TAKKAN KEMBALI

Beruntungnya seorang YG Bergelar iSTERI..

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang.... tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga bersama.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu .... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10 bersama.. semoga bersama kita mendapat manfaatnya... Amin..

MaRI-mAri