marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Wednesday, September 25, 2013

Tak Tahu diri MENGANDUNG?

ASSALAMUALAIKUM..
Sambungan N3 alkisah mengandung..

sekarang ni ibu masih mencari sebab perubahan ketara di badan ibu ini..Sakit kah ibu..

*Perut semakin keras membuncit kedepan(oh jangan lah gemuks)
*kaki tak boleh duduk lama.mesti kena angkat tinggi semasa duduk
*Perut senak dan sakit di kiri
*Br**** ibu rasa senak dan pedih bila Sh. Auni menyusu.
*Ari-ari berdenyut-denyut
*Sakit sangat celah peha
*Ada spotting brownish pagi tadi( Walhal baru lepas bersih period jumaat lepas.)


Ya ALLAH..JIKA benar diriku mengandung berikanlah petunjukmu..akan ku jaga sebaik mungkin
Jika tidak berikanlah jua petunjukMu..akan ku cari penyelesaian penyakitku ini..
Sesungguhnya kesakitanku ialah penghapus dosa-dosa kecilku..

ESOK malam M.I.L a.k.a opah Qis Qas cadangkan berurut dengan seseorang yang pandai mengurut juga boleh menilik perut org mengandung..KITA TUNGGU!!!!!

Sunday, September 22, 2013

Mengandung tetapi UPT negativ(-ve)

Assalamualaikum..
ibu tak mengandung agaknya.Ibu dah period.tapi period kitaran selepas19 hari.seminggu awal dari tarikh yang tepat.
Tapi period takder senggugut.dan tidak berbau hanyir darah.Bersih hanya dalam masa 5 hari itupun hari ketiga dah coklat-coklat je..jumaat dah mandi hadas(wajib) sebab dah sehari tak keluar pape...tup tup pagi sabtu tadi keluar lendir putih bergumpal darah kecoklatan..haish..tak suci lagi rupanyalah kot..tapi itu sahaja sekali sehinggalah saat ibu menulis di blog ini tiada apa yang keluar dah yer..PELIK!!!


ibu dah pi klinik semalam..untuk yang kedua kalinya wat pemeriksaan sebab
Perut bahagian kiri sakit.Punggung masih berdenyut-denyut,Perut Cramp,Kaki Lenguh..dan yang paling ketara celah peha sengal-sengal rasanya..

Tetapi ibu hampa.Masih tak diketahui punca segala kesakitan yang di tanggung ibu.Doc suspek mengandung .Beliau sarankan scan dilakukan..so ikutkan..sekali ...
" Rahim awak saiz normal.tak ada pape pun yang pelik..semua ok.tapi kenapa saya tekan awak sakit ya.."
" Mungkin awak ada appendic"

Hancurnya hati ibu ...kuat ibu rasakan ibu mengandung ni..tapi sedikit lega bila doktor sarankan datang bulan depan untuk test pregnancy.sebab dia kuat katakan ibu macam orang mengandung..hahaha

Pelik kan..Tak rancang nak mengandung..Tapi bila simptom mengandung tu ada teruja sangat-sangat nak mengandung macamlah nak mengandungkan anak pertama..hahahaha

apapun ibu lagi rela disahkan mengandung dan bukan penyakit lain yer...

risau sangat kalaulah tak mengandung tapi sakit lain kan..sakit dah nak sebulan tak hilang-hilang pun ni..alahai badan..

Sunday, September 8, 2013

Mengandung lagi??

Asslamualaikum..

sambungan dari N3 ini ..

ibu masih tidak mengandung setelah kali ketiga(3 kali ok) cek UPT(urine pregnancy test) sendiri..

tapi di saat ibu menghupdate n3 ini ibu tengah menahan sakit kepala nyut nyut(berdenyut2) setelah muntah-muntah ketika menggoreng nugget ayam.

ya tarikh period yang akan datang ada lg 11 hari..hampir 2 minggu lagi...ALAHAI..
RASA MACAM DAH MENGANDUNG..TAKKAN SIMPTOM SAMA MASA IBU MENGANDUNG bunting pelamin dulu kot.masatu baru je nikah terus mabuk dan sakit perut.tp rasanya kalini lagi teruk simptomnya..Masatu asyik pi klinik jer cek.semua taknak scan.just wat UPT jer.semua negatif. Alasan doktor hormon orang baru lepas kahwin..Sampai lah bulan ketiga nikah ibu pi jumpa doktor balik untuk pemeriksaan setelah masih tidak datang haid dan masih sakit perut. 
kan,..tup tup ibu mengandung 2 bulan lebih.semasa Ibu mengandungkan Kak long (SHARIFAH QISTINA)- bidadari syurga ibu...



.TAK TAHULAH..SEMUA NI DAH ALAMI..

SAKIT KEPALA..
MUNTAH2
bRA sEMPIT.MEMBENGKAK PULAK MY bREAST
SELUAR JEANS TAK BOLEH PAKAI(tAK MUAT yer..hehe).PKAI KAIN PUN SENAK JE JIKA ATAS PERUT..
SENAK PERUT
SAKIT PINGGANG
PUNGGUNG BERDENYUT-DENYUT
SAKIT URAT
XLEH TIDO TERLENTANG-TEGANG JER PERUT
ASYIK NAK MAMAM SEAFOOD AJER..

YANG PALING TAK BEST NYA PERUT UDAH NAIK MACAM MENGANDUNG TU.ader tangkap gambar perut yg muncit..tp tak dapat nak upload pulak..card reader hilang..

..KLAU NGANDUNG TAK BERAPA NAK KISAH..TAPI KLAU tak MENGANDUNG..ALAHAI..UDAH BERTAHUN-tahun perut ibu tak pernah naik walau beranak 3.. xpernah naik kalau bukan mengandung..(orang asyik cakap ibu kurus jer..)
takkan ibu nak jadi gemuk kot..

Moga tiada sakit lain yer..

Thursday, September 5, 2013

ADAKAH SAYA HAMIL??? TANDA-TANDA KEHAMILAN…. TAHNIAH!

tajuk je lebih..ibu xhamil lagi..
kalau hamil dah mengandung kali ke empat yer..(dah banyak kali rupanya yer untuk sang ibu yang berumur hampir 27 ni..)
sekarang ni ibu menghadapi simptom macam hamil..Alhamdulillah jika ada rejeki yer..



1. Mengidam 
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 
**ibu asyik nak makan seafood jer dua tiga hari ni**
2.Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
**2 minggu ni ayah asyik cakap ibu panas macam demam.padahal ibu tak rasa macam demam pun**
3. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 
**tak dapat nak di kesan sebab still BF sharifah auni qasrina(3rd princess) memang gelap sentiasa.haha**

4. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
**2minggu lepas dah period tapi cikit2 jer.tak banyak guna pad pun tak macam selalu.senggugut pun takder .seminggu lepas tu perut asyik kejang dan senak sampai sekarang(macam nak datang period jer)**

5. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap
**yes.minggu ni ibu asyik tinggalkan kaunter semasa bekerja sebab kejarkan nak terkencing yang takleh ditahan(padahal baru 10 minit lepas pi kencing yer**
6. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 
**minggu lepas ibu asyik letih ja.lemah badan.susah nak tido siang tapi tertido jugak **

7. Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 
**walau dah perah 15 minit yang lepas(ibu masih menyusukan SH.AUNI(3rd princess) breast ibu membengkak padahal takde susu pun.tegang jer**

8. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 
**kurang nak makan ayam yang memang peberet ibu**

9. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 
**huwaaaa..ibu still muntah-muntah dan loya la ni**


10. Kembung perut. 
 Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
**Memanglah kembung perut sebab makan banyak sangat kot...  hehe...  ada je selera nak makan tapi tak banyak macam biasa.  Tapi sejak akhir-akhirnya banyak betul angin dalam badan.  Asyik nak kent*t je...  hehehe...  Sampai terasa angin bergelodak dalam perut ni...senak sangat rasanya.rasa nak nangis pun ada sakit sebab angin ni.  ke sebab salah makan..**

11.Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
**baru lepas 26.8 haritu(tak tahulah period betul ke tak yer) kita tunggu date period seterusnya

12. Ujian kehamilan yang positif 
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, . Tahniah! 
**minggu sudah ibu dah pi cek kat klinik.doc kater awak mengandung kot.tp hasilnya....
Negatif - ve dan dotor suruh datang lagi 2 minggu yer**

p/s: ujian kehamilan sepatutnya dibuat selepas lewat kedatangan haid.mungkin sebabtu -ve kot..hahaha.ayat sedapkan hati..

kita tunggu ibu hupdate oktober nanti lah yer..atau mungkin lagi cepat...tunggu.. hahaha





Monday, July 22, 2013

PELBAGAI BISKUT RAYA DENGAN HARGA TERENDAH..HANYA RM 24.00 sahaj..






Saturday, June 22, 2013

TEMPAHAN HOTEL MELALUI BOOKING.COM

Anda ada merancang untuk melancong hujung tahun ini? Sudah kenal pasti lokasi bercuti? Sudah tahu di mana tempat untuk menginap?IBU qiSqas  bercadang nak me'round' melaka mggu depan..dah alang-alang cuti sebab pengasuh a.k.a opah QisQas melancong ke Langkawi ibu pun cuti jugak..


tp ini first time ibu membooking gunakan BOOKING.COM. TAKUT JUGAK ada masalah nanti.tp dah search ramai jugak book di Booking.com berjaya..so kita tunggu ibu hupdate nanti yer..



SEBAB BERMINAT NAK GUNA BOOKING .COM:-



Kenapa menggunakan Booking.com?

Kadar harga rendah

Tiada yuran tempahan •  Jimat wang!  •  Jaminan Harga Terbaik

316,460 tempat penginapan di seluruh dunia

Lebih dari 41,000 destinasi

Urus semua tempahan anda dengan mudah

Daftar untuk dapatkan akaun Booking.com Saya yang percuma khas untuk anda

Ulasan yang tidak berat sebelah

21,280,000 ulasan dari tetamu sebenar

Kami bertutur bahasa anda

Laman web dan khidmat pelanggan dalam Bahasa Malaysia dan 40 bahasa yang lain

YANG PALING PENTING :-
 Pembatalan PERCUMA - BAYAR KEMUDIAN

Saturday, January 12, 2013

Cara-cara nak daftar untuk REBAT RM200 telefon bimbit

assalamualaikum..ibu dah  selesai memohon rebat telefon.Semuanya sebab dikatakan senarai telefon bimbit yang boleh di tukar ditambah jenisnya..

Jom tengok ibu kongsikan cara-cara pendaftaran untuk rebat itu.

Mula-mula search lah laman web SKMM atAu terus ke page berikut











korang pilihlah kategori yang mana. samaada pekerja atau pelajar ya.nak tau jawapan untuk soalan macam-macam pun ada di soalan lazim tu

kemudian ibu memilih PEKERJA






































Kenapa rakyat malaysia ni ramai sangat yang berniat nak bunuh orang lain?

Assalamualaikum bloggers..tajuk en3 bikin gempak..ya. itu yang sebenarnya .Rakyat Malaysia ni ramai yang berniat membunuh orang lain di jalan raya. Pelikkan pendapat ibu ni. Ibu sebenarnya sakit hati kepada manusia-manusia di malaysia ni yang reti memandu tapi tak reti guna otak iaitu orang yang tak reti nak beri isyarat ke kiri atau ke kanan(yang tak  reti guna lampu signal)
Bukan sekali kami sekeluarga bertembung dengan pemandu-pemandu kereta yang jahil ni.Kadang -kadang sebab mereka kami hampir kemalangan di belakang.

Memang depa lepaslah kan.buat naya kat orang yang di belakang.masuk ja barisan yang lain,dengan selamba potong kereta kami tanpa isyarat.Kamilah yang terpaksa brek Emergency .Hampir-hampir terbabas. Ada PULAK tu malaun tu pi marah kat kita balik sebab kita hon dia..

SUSAH SANGATKAH HANGPA SEMUA NAK GUNA ISYARAT ATAU LAMPU SIGNAL TU.KLAU LAMPU ROSAK SEKALIPUN GUNALAH TANGAN.Bila JADI JA KEMALANGAN HANGPA BUKAN SEMUA RETI NAK TANGGUNGJAWAB.. 

pESANAN iBU LA ni..: hangpa pikirlah elok-elok sebelum lakukannya.tak mustahil hangpa akan jadi lagi teruk dari orang yang hangpa aniaya dalam diam tu..

Wednesday, January 2, 2013

Tadika Islam yang terbaik untuk anak ibu

assalammualaikum..sudah masuk ke tahun 2013..ibu sudah mula memikirkan penghujung tahun..Patutkah pikirkan hujung tahun..ya memang patut untuk ibu QisQass.. Tahun depan anak kedua ibu SHarifah Nayli Qasrina berumur 5 tahun dan perlu mendaftar diri ke tadika.. Cepat sungguh masa berlalu..

Ibu nak masukkan anak ibu ke tadika yang mementingkan islam di dalam pembelajaran mereka..
Tadika islam apakah yang patut dipilih ibu..Sudah tentu yang berada berdekatan rumah di kajang.
yang ada dalam senarai:-

TADIKA ABIM
TADIKA LITTLE CALIPH
TADIKA PASTI
TADIKA GENIUS AULAD
TADIKA AL-HANNAH EDUKID
Brainy Bunch Islamic Montessori School




MaRI-mAri