marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Saturday, December 29, 2012

REBAT RM 200 UNTUK TELEFON BARU..

BIKIN Gempak jer tajuk..yezza..ibu termasuk dalam kategori layak coz bawah 30 kan..
tapi kan macam tak best jer sebab tak dapat nak upgrade telefon yang sedia ada sebab syaratnya pembelian untuk telefon berharga RM 500 ke bawah sahaja. Rebat RM200 HANYA dihadkan kepada telefon pintar 3G berharga RM500.pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun mengeluarkan senarai telefon pintar (smartphone) 3G yang akan ditawarkan melalui rebat ini. Berikut merupakan senarai telefon pintar ditawarkan :-
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

HAHAHAHA..KORANG rasa nak kena tebus sila-silalah pergi ke kedai telefon yang terpilih yer..**kena daftar di SKMM dulu dan kena download baru boleh tebus yer**

Pendaftaran untuk rebat sebanyak RM200 ini akan bermula daripada 1 Januari 2013 akan datang dan boleh mendaftar melalui laman rasmi SKMM. Syarat untuk mendapatkan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) ini ialah :-
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Dividen ASB tahun 2012

Hanya tinggal 4 hari lagi 2.1.2013..Bermulalah situasi sesak di semua pejabat pos,di semua bank..korang tau kenapa?,,semua ASB punya pasal lah..

update update jangan tak update..kemaskini selagi boleh..

harap maklum tahun ni PNB bagi keseluruhan 8.90 % ..beza 0.10 % jer dari tahun lepas...
Rasa-rasa korang banyak ke korang dapat untung dividen tu,...jangan terkejut jika dapat yang tak sepatutnya yer..korang kena maklum cara pengiraannya dahulu baru korang tau punca kenapa kurang dapat yer..
nak confirm dapat full kiraan peratus tu korang semua kenalah menyimpan duit sebelum bulan 9 atau 10..LAGI AFDAL masukkan duit pada bulan 8..jika selepas bulan tu korang masuk berpuluh ribu pun PNB takkan kira full punya yer..

pada yang dapat banyak tu beringat lah yer..lagi-lagi pada yang ada buat loan ASB tu yer..memang masyuk..gunakanlah duit itu pada yang sepatutnya..



Wednesday, December 26, 2012

TERBAIK UNTUK PARA IBU~VITAMIN FRom SHAKLEE

YES..AKHIRNYA IBU BERJAYA MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA SHAKLEE.

Nak rahu apa itu SHAKLEE?..ibu dah tahu lama sejak dari sekolah lagi.Ayah ibu a.k.a atuk QisQas amalkan vitamin-vitamin sebagai makanan tambahan dari produk SHAKLEE..Sekarang ibu kembali mengenali SHAKLEE sebab itu adalah produk paling terbaik dan berkesan bagi para-para ibu terutamanya yang menyusukan anak atau mengamalkan penyusuan SUSU IBU sECARA EKLUSIF..

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

jika berminat Sila jangan segan bermesej -mesej dengan ibu yer..walau ibu masih baru jadi ahli tp adalah serba sedikit pengalaman tentang Produk Shaklee ni yer.. 


Thursday, December 13, 2012

ASB dah nak tutup akaun!

ASB akan ditutup dari segala urusan bermula 18 december ini hingga ke 1.1.2013..

berapa percent belum diketahui lagi..tunggu jelah ngupdate 2.2.2013 yer.

bila dah kata ditutup dari 18.12-01.01 sudah tentulah sepanjang tarikh tu tak boleh buat apa urusan pun.tapi ada juga manusia yang tidak memahaminya..Bila ditegur katanya tahu tapi bertanya juga..nak kata bodoh xjuga sebab berjawatan tinggi.bukan kuli syarikat pun..tak tahulah ragam orang-orang yang macam ni..

korang nak makan full percent dividen dari simpanan itu perlulah simpan duit di dalam akaun sebelum bulan 9 atau sepuluh..jika selepas bulan-bulan tersebut baru terhegeh-hegeh nak masukkan duit korang janganlah bising bila dikira mcam xbtul percent nya.

p/s:---korang taknak tunggu lama semata-mata nak update buku ASB tu silalah jangan buat urusan asnb psanpada  2 atau 3 minggu pertama selepas dibuka urusniaga kembali.masa tu semua sanggup beratur panjang

Sunday, December 9, 2012

DAKU BERMADU..

OH TIDAKKKK..!!

rentetan tajuk entri kalini..ibu nak gelak besar..sebabnya tak sangka sangat tetiba cerita yang berkaitan luahan perasaan ibu pada pagi itu..sebiji sama..nak tahu sila ke link ni madu

apa yang ibu rasa sudahpun di terjemahkan di CEREKARAMA TV3 semalam. tajuk al kisah nya 'Cinta Dari SYurga'.

sanggup berpisah dan meminta cerai dari suami dari menanggung dosa kerana sakit hati  dan juga cemburu untuk kebaikan diri sendiri...dan juga dari membiarkan si suami menanggung lebih banyak dosa..

ITULAH DIA apa yang IBU QISQAS akan buat...sama seperti Mia .. :-)...

p/s: yang bezanya ibu dan ayah bernikah bukan sebab di paksa atau dicabar sesiapa yer...dan ibu telah melahirkan 3 orang puteri..putera je belum..doakan akan dapat juga putera yer..selagi takder putera selagi tu kena mengandung kot..hehe..




Saturday, December 8, 2012

Anak-anak ibu yang semakin MEMBESAR

ALHAMDULILLAH sudah menghampiri ke penghujung tahun 2012..
Ibu sudah berusia 26 Tahun.Ayah sudah berumur 30 tahun.Aruah kak LONG SHARIFAH QISTINA sudah 4 tahun meninggalkan ibu.Jika panjang umurnya sudah berumur 5 tahun..Kak  Ngah SHARIFAH NAYLI QASRINA sudah 3 tahun 7 bulan.Adik SHARIFAH AUNI QASDINA sudah 1 tahun 2bulan..

sungguh cepat masa berlalu kan...anak-anak ibu semakin membesar.pelbagai ragam dan aksi yang baru dari hari ke hari yang lain..

kak nGAH semakin bijak berkata-kata ,menghafal segala macam lagu dari pelbagai Dvd pembelajaran dan dari TAB..dan juga lagu korea dari laptop acu nya..,,musim korea..ibu tahu tup tup sharifah nayli tunjuk demo menari ala korea.nak marah tapi tengok jadi lucu..kecuali gangnam yer yg itu ibu tak boleh terima.semua ibu marah sebab bagi anak ikut dan tiru..terkangkang kangkang.ingat cantikke anak dara ibu menari gaya tu..hishh..

Adik semakin ligat. sangat lasak.berpaling sekejap je dah hilang.bagai nak gugur rasa jantung ibu..
berjalan masa umur 9bulan.tumbuh gigi masa umur 10 bulan.pandai tunjuk dan bagi isyarat macam-macam tapi lambat bercakap pula..apapun ibu tahu adik budak yang sangat cerdik..


semoga kami berbahagia hingga akhir hayat jika diizinkan ALLAH..

INSYAALLAH..



POLIGAMI...SUAMIKU?.. YA TUHAN...

Siapa yang suka berpoligami angkat tangan..hahahaha..Isteri Mana ada yang suka pada mulanya berpoligami ni..termasuklah saya si Ibu QisQas ni..
tajuk entry kalini sangatlah suspend je kan. Memang minta dijauhkan..Di pejabat kami bersembang sesama rakan sekerja..Ada yang berkata "Rugi kak kalau taknak berpoligami..akak bagi akak akan dapat PAYUNG EMAS".. hahaha,.."payung emas lah sangat kalau hati ni sakit,tak redho , asyik simpan dendam,asyik marahkan suami.takke lagi dapat DOSA jer macamtu.".Ibu belajar mengenai poligami itu di Madrasah dulu.Ibu memang anti kepada wanita-wanita yang merampas suami orang ni..tapi Ibu bukan anti POLIGAMI ok..

SEbenarnya poligami disyariatkan untuk membantu kaum wanita yang lain terutamanya ibu tunggal.tetapi zaman sekarangni alasannya dah lain.

~bini dah gemuks(walhal si suami punyer kojer-tak sempat setahun lepas pantang sudah mengandung lagi)
~bini sibuk dengan anak(udah suami tak menolong-tahu buat anak je)
~bini sibuk bekerja(udah suami tak mampu settle payment 100%)
MACAM-MACAM LAGI ALASAN SI SUAMI ZAMAN SEKARANG NI..
PADAHAL SEMUA ITU BERPUNCANYA DARI SI SUAMI SENDIRI

Siapalah Ibu ni nak menghalang poligami itu terjadi..Suami kita sebenarnya bukan hak kita sepenuhnya pun.Jika sudah tertulis oleh Allah begitu maka begitulah jadinya..

Ibu cuma mampu berpesan kepada ayah a.k.a suami ibu.."jika nak menambah bini sila-silalah lupakan isterimu ini..daku tidak sanggup berkongsi kasih dan tidak sanggup menambah dosa"
memanglah meminta dilepaskan itu berdosa..tetapi jika demi kebaikan pada masa itu diharuskan..
sebab ibu tahu ibu tak mampu nak teruskan kehidupan jika menghadapi situasi ini..
KENAPA tak boleh?..sebab ibu hanyalah manusia biasa ..masing-masing tahu kelemahan diri sendiri.Demi mengelakkan hati lebih menderita usahlah diteruskan..walau sayang itu sangatlah kuat..
TERUSKANLAH dengan redho MELALUI KEHIDUPAN TANPA SUAMI DI SISI ALLAH ..

p/s : lebih tenang melalui kehidupan tanpa suami dari melalui kehidupan dengan suami yang dikongsi..

wahai wanita yang sudah berpoligami tahniah kerana anda berjaya tabahkan diri..buat yang lain jika sama mcam ibu ini teruskanlah kehidupan dengan anak-anak tersayang  bersama mak ayah (jika masih hidup) dengan lebih tabah..



New Maxi DRESS~Chiffon Dress-RM 75.00

Penny66 - 

BLUE
GREY
MUSTARD
PURPLE 
PINK
BLACK

Long sleeve chiffon dress with lining With free belt
(tak jarang)

RM75

* free size (can fit up to L size)
* dress length 142cm,
* bust 46cm,
* waist 43cm
* armhole 23cm.














Saturday, July 28, 2012

ANAKku mENINGGAL SECARA MENGEJUT..

ASSALAMUALAIKUM..tAJUK harini..amat memilukan semua para wanita di luar sana..
Ibu QisQas terbaca satu luahan ibu yang baru kematian seorang anak yang umurnya menghampiri 7 bulan.Stok EBM masih banyak dan susu di badan juga masih boleh diperah..
Luahan itu membuatkan ibu terkenang kembali detik-detik genap 4 tahun yang lepas.. Di kala ibu kehilangan puteri sulung ibu di umur nya 8 bulan 3 hari..AL FATIHAH..

Ibu mana yang tak sedih jika kehilangan anak yang dikandung.yang sudah dijaga rapi..tak kisah lah apapun situasi .Jika seorang ibu itu kematian anakknya ianya tetap memilukan..
Ibu QisQas juga bukan kuat orangnya.tetapi adanya suami dan keluarga disisi membuatkan ibu lebih tabah menghadapi dugaan tu.. ibu coretkan kembali kisah di hari kejadian..

Di MALAM 21 julai 2008..
 Sharifah Qistina menangis tak berhenti-henti di malam itu..kedengaran bunyi bergolek-golek di atas bumbung di bilik tidur kami.. Menyusu badan pun dia taknak.Hati ibu menjadi tak tenang. Mula berfikir yang bukan-bukan."apa bunyi-bunyi tu ada kaitan dengan anak ke?'.Ayah menafikan sekerasnya apa yang ibu fikirkan...Ayah pada masatu demam selesema.dia makan ubat yang membuatkan dia mamai.dan dia terus tido.Sebelum itu SHARIFAH QISTINA dimarahi ayah kerana nak sangat bermain dengan ayah nya.suka sangat bergolek-golek di atas perut ayah..ayah melarang kerana takut SHARIFAH QISTINA terkena jangkitan selesema ayah.

Jam menghampiri tengah malam.MIL(ibu mertuaku) mengetuk pintu bilik kami.(masa tu ibu tinggal di rumah ayah dan ibu mertua) Beliau terus membawa turun SHARIFAH QISTINA..ibu pun ikut serta.
Di ruang tamu rumah tangisan SHARIFAH QISTINA berhenti..Dia makin rancak menunjukkan pada ibu dan opah(MIL) yang dia sudah pandai berjalan..Dua tiga tapak jatuh.Ibu dan opah duduk bertentaNGAN sambil mengagah DIA berjalan..Jam hampir pukul satu ibu terus minta izin tidur sebab keesokannya nak kerja.
Sharifah Qistina masih ceria..
Naik bilik ibu terus kunci jam pukul 2.30 pagi.takut-takut jika sharifah Qistina nak demam ke.
Akhirnya Sharifah Qistina tidur tanpa disusukan.mungkin letih bermain di bawah tadi..

Tiba-tiba ibu tersentak.terbangun dari tidur.ibu mencari SHARIFAH QISTINA. ibu terkejut.MElihat wajah anak ibu menjadi pucat dan sejuk bila dipegang.Beberapa minit kemudian jam yang dikunci ibu berbunyi. 
IBU Terus kejutkan ayah.AYAH terkejut melihat SHARIFAH QISTINA.ayah terus berlari kebilik Opah dan atuk sambil menjerit-jerit dan menangis " anak along ma.Anak along..".

AYAH MERTUAKU TERUS MEMBAWA KAMI SEGERA KE HOSPITAL.Hospitalnya sangat dekat dengan perumahan kami tetapi terasa jauh..
entah kenapa jalan di awal pagi hari itu sangat banyak kereta..
DI dalam kereta ibu membaca ayat-ayat Quran bagi menenangkan hati.IBU bisikkan di telinga Sharifah Qistina.."sayang bangunlah..Ibu sayang Qistina."sehingga ibu sanggup mintak tukar ganti dengan nyawa ibu jika apa-apa terjadi..Ibu MErayu-rayu MEmohon kepada ALLAH pada masa itu.

Sampai di hospital bahagian kecemasan.-
Doktor melakukan apa yang sepatutnya.Nyawa anak ibu masih ada.Tertera jelas di monitor pernafasan.Ketika itu staf hospital menghalau ibu duduk menunggu.Tetapi dengan sekeras hati ibu Ibu tekad nak berdiri dekat dengan anak ibu."Ini anak saya.saya nak tengok dia!" Ibu menjawab dengan sekeras ati..

Ayah meraung-raung di ruang menunggu.."KAlau along tau along tak marah anak.along main dengan dia ma" terdengar kuat suara suami ibu meraung-raung disisi Ibunya(opah)

HAmpir 1jam lebih tepat 3.30 pagi 22 julai 2008
doktor mengesahkan anak kami tidak dapat diselamatkan..Lembik lutut ibu dan ibu terus rebah disisi sharifah qistina..
"ANAK KAMU DIDAPATI SIHAT TUBUH BADANNYA-TIADA APA YANG DAPAT DIKESAN .CUMA BERKEMUNGKINAN UDARA PERNAFASANNYA GAGAL KE OTAK."

atas sebab itu doktor ingin membuat POST MORTEM..tidak..kami sekeluarga tidak membenarkan.Tidak sanggup rasanya nak lihat anak kecil itu dibelah-belah..Biarlah. Kami mendapat kelulusan dari pihak polis untuk tidak melakukan POST MORTEM.Salah satu sebab kerana anak kami bukan dijaga oleh orang luar ataupun pusat jagaan.anak kami dijaga ibu mertuaku.Beliau menatang penuh anakku yang juga cucu sulung di dalam keluarga.
Ibu dan opah duduk disisi aruah Sharifah Qistina yang terbujur kaku..Kalaulah tiba-tiba anak ibu sedar..
IBU mengusap-ngusap rambut.mencium-cium berulang kali tanpa titisan air mata ..bila menangis ibu cuba sapu secepat yang mungkin.Ibu menjadi berani dan tabah pada masa itu.
Mungkin kerana melihat suami / ayah terlalu lemah. dan menangis tanpa henti pada masa itu

Selepas itu nurse memaksa jenazah anak ibu diberikan kepada mereka untuk dimasukkan ke dalam peti ais..YA ALLAH.betapa sebaknya hati ibu .ibu  melarang tetapi tiada sokongan kuat pada masa itu.hanya tinggal ibu bersama opah di sisi aruah.

ibu menangis di pintu tempat simpanan jenazah yang disejuk bekukan..
 'kenapa kita tak boleh pegang je mama?'ibu suarakan pada opah.
opah turut sama menangis.

setelah kelulusan pihak polis sampai jenazah akan dimandikan terus di hospital itu.Jenazah anak ibu dimandikan seorang ustazah.Di masa itu ibu turut disisi anak ibu. Kalau ikutkan ibu akan pening dan rasa nak muntah bila terbau minyak kapur barus.tetapi pada hari itu itu adalah bau yang amat wangi pada masa itu..
sangat comel anak ibu SHARIFAH Qistina dipakaikan kain kapan menyerupai memakai tudung.sangat bersih dan tenang wajah puteri ibu..

Kami bawa jenazah pulang kerumah sesudah solat jenazah di hospital.Ramai yang merungut.kenapa dah solat tanpa diberitahu semua.Rupa-rupanya sangat ramai menunggu di rumah ketika itu.Yang majoritinya adalah rakan-rakan ayah yang datang dari puchong ke kajang.saudara mara teramatlah ramai pada masa itu..
Kalau dilihat orang mesti ingat ada kenduri besar..Memang ramai yang menunggu di rumah.
Ibu ingat walau sekilas pandang pada masa itu.

JENAZAH DILETAKKAN DI ATAS TILAM KEKABU YANG DIBELI KHAS UNTUK DIRINYA..Semua saudara mara yang hadir memberikan ciuman terakhir sebelum ke tanah perkuburan.

Ibu masih kuat berdiri..Di perjalanan ke tanah perkuburan kami( ayah dan ibu) memeluk erat jenazah di sisi.Pada mulanya kami disarankan menaiki kereta orang lain tetapi ayah berkeras nak kan kami menaiki kereta ayah yang dibeli khas untuk kepentingan Sharifah Qistina yang baru beberapa bulan dibeli.Kami duduk di tempat duduk belakang sambil memeluk jenazah.

Sampai di tanah perkuburan .yang pada masa itu masih lapang dan banyak ruang kosong di bahagian atas(berbukit menurun). ibu tetap teguh berdiri di sisi jenazah.kubur yang siap digali telah disediakan.mereka mula mengambil Jenazah anak ibu //SHARIFAH QISTINA dari tangan kami.ayah menangis..Ibu hanya melihat..TAnpa ibu sedar ibu hampir masuk kedalam liang lahad tersebut kerana pengsan apabila melihat jenazah anak ibu dikambuskan tanah. mujurlah Ibu sempat disambut..

SELESAI BACAAN TALKIN.IBU TERUS TAK INGAT KEJADIAN SETERUSNYA.
Yang ibu tahu.seminggu lebih ibu tidak hadir bertugas kerana meracau dan menangis. itupun diberitahu baru ibu tahu.. :-)
IBU kuat pada mulanya tetapi tidak kuat pada akhirnya...

 Bila kena marah sikit je ibu sensitif.Bila tengok anak kecik orang lain je ibu sensitif..menangis je masa tu..Gambar aruah sentiasa dipegang disisi.sentiasa bercakap dengan gambar.Rasa macam dah jadi gila jer pada masa tu.Dan membuatkan lagi sedih susu ibu masih ada mengalir dan banyak tapi alhamdulillah tiada kesan negatif kepad ibu yang terjadi masa itu..

RAYA menjelang pada tahun itu membuatkan ibu sebak.Baju raya yang telah ditempah sedondon untuk ARUAH sangat comel.Tukang jahit tu memberi tanpa bayaran dikenakan."takkan lah akak nak caj baju ni lagi.rasanya baru je lagi akak jumpa aruah kan.akak bagi jelah kamu.dah siap pun.gunalah untuk adik-adik nya nanti"
di waktu ibu memberitahu kematian anak ibu baju itu telah pun siap di jahit dengan sempurna.
siapa kita yang tahu apakan jadi akan datang walau telah kita rancang..

KEPADA IBU-IBU DI LUAR SANA .TABAHKANLAH HATI KAMU.TERUSKAN HIDUP KAMU.TETAPI JANGAN SESEKALI KAMU LUPA KEPADA ANAK KAMU YANG TELAH PERGI.SEBAB ARUAH LAH URUSAN KITA MENUJU KE SYURGA MUNGKIN AKAN DIPERMUDAHKAN..INSYALLAH..


Friday, July 27, 2012

Nuffnang Tak boleh Log in


assalamualaikum..lama dah tak buka blog nGAN nuffnang.tetiba ada mood nak mngupdate Blog tapi cuBA log in Nuffnang dari hari isnin lepas.tup-tup kata kita bkn member.so try reset pasword lain.pun sama jugak.ni kata nyer.


kepada rakan - rakan ibu silalah beri bantuan anda jika tahu cara nak selesaikan yer.Dah NK MSUK 5 HARI ibu QisQas cuba tau..
plzzzz.. :-)

Saturday, July 21, 2012

Menyusukan anak di bulan puasa

Alhamdulillah ibu masih menyusu secara eksklusif kepada si kecil ibu Sharifah Auni Qasdina..Si tecik ibu dah pun berumur 9 bulan..sekejap sahaja masa berlalu..Ibu - ibu yang menyusukan anak di luar sana ada petua di bulan ramadhan ini? marilah kita kongsikan bersama jika ada ye. Ibu Qis Qas tengah menahan dagaha sekarang ni..moga dapat meneruskan puasa hingga ke akhirnya..Dari malam tadi si tecik ibu bergantung menyusu sehingga lah ke saat menulis ENTRY ini.ni Baru je si tecik tido..dapatlah rehat.

semalam ibu pakat makan kurma sebanyak yang mampu..(kalau bukan sebab puasa ibu memang suka makan kurma tp yang original je tau.yang buatan tak suka sebab manis gula terlampau)
Pagi tadi sahur penghujung pun makan kurma. terlintas nak minum susu..tapi ibu tak tahan ngan susu..mungkin esok-esok ibu mula minum susu.bukan apa, bila ibu minum susu mesti rasa muak dan nak termuntah..lagi lemah jadi nya kan..so mlm tadi dan sahur tadi ibu makan kurma banyak dan minum air masak bergantang-ngantang.. :-)
yang penting di bulan puasa ni ibu - ibu jangan tinggalkan nasi yer..

so disebabkan kurma memang susu ibu banyak.ibu bertenaga juga untuk hari ini.TApi ibu rasa haus sangat..
"Ya Allah aku berpuasa kerana Allah.."- tips nak ngelakkan berbuka awal.. hehe

Malam tadi sembang-sembang ayah ada cakap."Ibu bolehlah tak puasa kali ni sebab nak susukan anak yer"
hehe.."tidaklah ayah,ibu akan teruskan selagi mampu, bukannya susu tak ada keluar kalau ibu puasa pun" kan kan..

Buat semua ibu-ibu yang menyusukan anak:-
TERUSKAN NIAT ANDA DENGAN IKHLASNYA..
Fokus pada tujuan kita memberikan yang terbaik untuk anak kita.
INSYAALLAH PERJALANAN HARI2 Di bulan puasa ini dipermudahkan OlehNYA.. :-)

to all breastfeeding moms, semoga berjaya

Friday, May 25, 2012

Susu Ibu..ibu bagi korang bagi???

YES!!..ibu dah habis diploma for SI..hihi..dah lepas 6 bulan ibu menyusukan Sharifah Auni Qasdina....alhamdulillah..semoga niat ibu semakin dipermudahkan walaupun masih tak berjaya simpan stok susu yang banyak..3 bulan pertama jer peti ais penuh..lepastu stok susu semakin kurang .Sh. auni pulak jenis kuat menyusu..ibu sangat sedih..bukan sebab susu ibu kurang tapi masa ibu untuk mengepam di waktu bekerja sangat terbatas..duit perabis beli BREAST PAD jer..klaulah pad tu diperah, boleh dapat 2 botol susu tau..tapi nak buat macam mana.Masa rehat di waktu kerja hanya 45 minit..time tulah nak makan dan pam susu..terkejar-kejar setiap hari..tapi bila fikirkan niat ibu nak bagi anak ibu Susu ibu ibu lupakan walau setiap hari terpaksa mengendong set pam SPECTRA kehulu kehilir..untuk sehari di pejabat ibu hanya dapat 2 botol penuh jer(10 aunz)dalam masa 20  minit ibu mengepam..tepat jer  20 minit ibu terpaksa berhenti walau titisan susu masih laju menitis..tiap-tiap hari sebak dan bengang sebab tak dapat pam sehingga habis titisan susu.hanya pad diguna bagi tampung susu yang masih mengalir..Dari anak yang sulung ibu tekad taknak berikan susu FM..yang sulung ARUAH SHARIFAH QISTINA masih menyusu hingga ke akhir hayatnya..walau setakat 8 bulan ibu sangat puas ati.ibu Berjaya menyusukan zuriat sulung ibu hingga akhir hayatnya...zuriat ibu yang kedua pulak menyusu setakat 6 bulan sahaja..itupun sbab Nayli dah taknak menyusu terus pada Ibu..Ngeli agaknya.hANYA menyusu guna stok susu yang ada jer.dahtu pam yang ada pulak dh xdapat nak support.jem ..duit pulak tak berapa nak ada masatu maka terberhentilah proses penyusuan susu Ibu untuk Nayli..susu ibu tetap mengalir keluar sehinggalah ibu mengandung hampir 3 bulan adik Sharifah Auni Qasdina..kini adik Sharifah auni masih menyusu susu ibu..ibu bangga  dapat menyusukan anak ibu...

Sunday, April 29, 2012

Ibu Kemungkinan ada CYST ovari?

assalamualaikum..ibu duk penin mikir..td pi cucuk imunisasi SHARIFAH AUNI QASDINA untuk 6 bulan..sekejap sudah msa berlalu..dah leh bukak akaun ASB..hehe. ibu pulak sakit perut menjelma.SAKIT PERUT SANGAT-SANGAT DI BELAH KIRI HINGGA KE PINGGANG.sama je seperti yang sebelum sebelum ni..selalu pi klinik len sbb ni tapi Doc cuma bagi ubat angin.tp still sama jugak..so harini nak cobe tanya Doc di klinik Azzahrah..search td ada yg kata tu tanda masalah pada usus/kencing kotor.. bila dah di cek di Azzahrah tadi Doc tanya pasai period..yup ibu punyer period kembali datang dengan sakit Senggugut..(besalin Anak no.2 aritu dah hilang dah senggugut tu)... CEk punyer cek doc kater "Air kencing awak tak de masalah kotor atau terlebih protein".ibu lega.. ."tapi awak KEMUNGKINAN ADA CYST"urmm..ibu xtanya banyak coz ibu tau apa benda tu..tapi tersentap jugaklah bila mendengar."Awak menyusukan anak so xde ubat yang boleh diberi"tahan jelah sakit ibu yer...so Doc Arrange kan untuk temujanju buat Ultrasound di Hospital Azzahrah..tunggu jelah bila agaknya tu.. balik ibu terus jumpa Mr Google ..hihi..dan jumpa ni.






.:- FAKTA MENGENAI CYST :
 1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
 2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
 3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
 4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
 5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
 6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst. 
7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
 8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
 9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
 10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
 11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
 12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
 13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
 14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.( ini mungkin pembedahan yang aku perlu lakukan)
 15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
 16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
 17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun credit :ni

Tuesday, April 24, 2012

Bengkung Moden Murah dan senang dipakai

assalamualaikum


1-infrared 4 layer Slimming Belt
-*BENGKUNG MODEN 

CAPAI BENTUK BADAN ANDA YANG IDEAL DAN MENAWAN

Boleh dipakai bila-bila masa sahaja

** AKAN memecahkan lemak anda di dalam diam.

DIPERBUAT DARIPADA 4 LAPISAN

*NILON
* KAPAS
* FAR INFRARED

* Ada 4 zip-4 saiz pilihan anda(gunakan saiz yang tidak terlalu menekan perut dahulu)

* SAIZ PINGGANG HINGGA 39 INCI SAHAJA
*56-86CM
(maximum bagi pinggang 39" waist)

**Saiz pinggang : 56 – 86cm (22inch – 39inch)

* LELAKI DAN WANITA BOLEH MEMAKAINYA.

* IA TIDAK TERLALU LABUH SEPERTI BENGKUNG KAIN

* TIDAK GATAL,TIDAK LICIN ,SEDAP2 DI PERUT

RM 35.00

sila pm untuk pembelian yer/ SMS 0196514641

Samsung Galaxy mini ibu 'hang'/FORCE CLOSE

assalamualaikum
aduhai..ptang tadi nayli ngamuk suh bkak handphone.nguper nya Telefon ibu yg tomei a.k.a Samsung Galaxy Mini 'hang'..sikit sikit tergedik gedik mesej ni kuar sambil bergetor getor..(Vibrate):- "Sorry The application Samsung Home (process com.sec.android.app.twlauncher) has stopped unexpectedly. Please try again." aduh masak masak..ibu pun search le di mr Google..jumper macam macam cara..ada suruh itu ada suruh ini,,tp tak menjadi pun..ada yang kata kena pi re format di kedai..kena bayor RM 30 katenyer..melayang duit ibu(mentang-mentang esok nak gaji kan) ibu tak puas hati..
godek punyer godek akhirnya terjumpa le... terima kasih banyak pd incik tu..


TELEFON IBU KEMBALI SEPERTI BARU..semua Yang di download di Market Android hilang tp penuh bermakna coz SAmsung Ibu boleh guna laie..
dan yang paling ponting ibu tak perlu keluarkan duit ..yabeda bedu..:-) 
hihi kat sini ibu Kongsikan cara-caranyer yer..


1. Turn off the phone 
2. Press and hold Home Button ( middle ) + power on for at least 10 seconds 3. Android System Recovery Mode Appear 
4. There are 4 options 
- reboot system now 
-apply sdcard:update.zip 
-wipe data/factory reset
 -wipe cache partition 
 5. Move the options to " Wipe data / factory reset " using volume down ( - ) button and menu button to confirm, because the touchscreen doesn't work in reovery mode (Use the home to choose Yes) 
6. After the process done, phone will reboot. (It if does not, Choose "reboot system now") 
 Thanks: matrix69
 Thanks :JayDevil


selamat mencuba..jika tak faham tanya ibu yer.. :-)

Wednesday, April 18, 2012

Resepi Apam Polka Dot ~senang sangat~

assalamualaikum..
lmanya xngupdate blog ibu ni..ni ibu nak kongsi resepi apam polka dot yg ibu dapat dari majalah NUR..udah lama dah buatnyer..baru ada kesempatan nak bercerita sambil berkongsi..







 periuk kukus my MIL.. 

 filling/inti blueberry



Pic ni terselit disini..pop CAKE.//hehe



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )(30 biji paper cup Beso)

~3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
~275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)klau rsa xnk mnis sgt kurgkn guler 200gm jer tau
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**korang cri kat kedai juai bahan kek.jgn juz gi cri kat kedai kek shj
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai(ibu guna blueberry cidap..hehe..tp try guna jem..cayor jdnyer..
pewarna(water based)

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.ibu tau pasai ovalette ni pun coz ader dalam buku resepi kek lapis..:-)
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

hasil pengalaman tambahan IBU untuk buat apam polkadots.

1- Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah atau pecah

1. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Bungkus alat kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus(.ibu guna napkin yg bersih :-)

4. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

5.tp kalau apam keras korang just kukus jer balik tau..




Saturday, March 3, 2012

ALHAMDULILLAH..LIMA TAHUN SUDAH KU bergelar seorang isteri dan ibu

Tanggal 01.03.2007 ibu selamat dinikahkan...kini genap 5 tahun ibu dan ayah bergelar suami isteri..pelbagai onak duri dilalui..berbagai ragam diketahui dan bermacam yang dipelajari..5 tahun berlalu bagai sekelip mata bila sampai masanya..5 tahun ibu bergelar seorang isteri dan 5 tahun jugalah ibu bergelar seorang ibu..Jika KAK LONG masih umurnya panjang, tahun ini genap umurnya 5 tahun dan mungkin akan ibu hantar ke tadika pra persekolahan..tak sangka sangat muda-muda, anak dah sekolah kan..hihi..apapun semua tu kenangan..ibu tahu ibu mengandungkan aruah setelah 2 bulan ibu dan ayah bernikah. nikah awal bulan 3 Due Date bersalin hujung bulan 11.oRang-orang tua kata ibu bunting pelamin..ada sedikit rasa terkejut tapi juga tak sabar menantikan cahaya mata sulung kami.Tapi biasalah bila kita ni orang muda kahwin,dahtu terus mengandung, pelbagai andaian orang sekeliling.."konon ibu ngandung sebelum nikahlah tu pasai nikah awal"..sakit hati jugak bila dengar cerita yang diperhebohkan..tapi apa nak buat,mulut orang..padahal bukti depan mata.,kalau ikutkan ibu ada majlis KHATAM QURAN sehari sebelum nikah tapi terpaksa dibatalkan sebabnya ibu masih dalam HAID.DAN juga PERNIKAHAN YANG SEPATUTNYA DIBUAT di MASJID besar ditukarkan ke surau.Hampir semua sahabat-sahabat opah a.k.a mak ibu tahu pasal ni..sebab diorang nak wat marhaban selepas ibu khatam tu.Tapi tak sangka yang membawa mulut pun adalah di kalangan orang-orang itu..takpe..ibu hanya redhokan mulut-mulut berhati busuk tu berkata masa tu.
..Alhamdulillah anak sulung ibu dan ayah,juga cucu sulung kedua-dua pihak..lahir dengan begitu sempurna,sangat senang,senang dijaga,malah sungguh tenang anak ibu pergi...AL FATIHAH..ibu sentiasa merinduimu sayang..hati ibu takkan pernah berhenti merinduimu..SHARIFAH QISTINA..

TERIMA KASIH WAHAI SUAMIKU YANG TERSAYANG KERANA MASIH DI SISIKU HINGGA SAAT INI..

5 TAHUN PERKAHWINAN KU BERGELAR SEORANG ISTERI DAN SEORANG IBU KEPADA 3 0RANG PUTERI ..SEORANG MENANTI DI PINTU SYURGA,,INSYAALLAH,..DUA PUTERI MASIH DI SISI..





Sunday, January 29, 2012

Cara Senang dan Mudah ketahui Waktu Solat


'cara senang dan cepat nak ketahui waktu solat di kawasan anda berada:-
ini je yang ada yer:-

01548406385---area kubang pasu,kota setar,alor star,Kedah
01548406387---kangar,padang besar,arau,Perlis
01548406384---Area kuala lumpur...
01548406390---Port diskson,seremban,kuala pilah,jelebu,rembau,Negeri sembilan
01548406391---Gombak,hulu selangor,rawang,hulu langat,sepang,petaling,shah
alam,Selangor


Nk tahu waktu solat? Dail 01548406384 atau nombor lain diatas...dengan phone korang tapi jangan letak dkt telinga, korang cuma perlu perhatikan pada skrin phone je sehingga phone korang end call dengan sendiri. Kemudian display waktu solat akan keluar dkt skrin phone korang . Free of charge SHARE INFO BERMANFAAT INI DENGAN RAKAN2 ANDA

Petua Banyakkan susu badan

kengkawan ada pape petua untuk banyakkan susu badan tak?sekarang ni macam-macam vitamin untuk banyakkan susu kan..tapi ibu tak makan vitamin itu ini pun..nak tau cara ibu ?..jom baca:-

1-Sentiasa berfikir bahawa ibu mampu memberi susu badan  untuk anak ibu..
2-Semasa menyusukan anak atau mengepam susu yakinkan dalam hati "susu ibu memang banyak"(insyaallah laju je susu tu terhasil..(siap terpancut-pancut lagi)
3- Kerap nyusukan anak dan  perah susu badan,,Jangan tunggu breast dah bengkak baru nak pam atau susukan anak. tak semestinya kena tunggu bengkak baru perlu perah
4- Semasa bekerja jangan lupa pam susu yer..pamlah yang kita mampu..mcm ibu ni keje hanya rehat 1jam  je..so terpaksa bekejar-kejar antara masa nak makan,solat dan mengepam..puas jugak hatini walau hanya dapat10 aunz je..

cara-cara yang lain tunggu ibu upload lagi yer..


Thursday, January 19, 2012

Kurus selepas bersalin?

Siapa taknak kurus kembali selepas bersalin kan..BERSALIN?..hehe..dah lama ibu tak update status di blog ni..sekarang Ibu QisQas baru 2 mggu kembali bekerja setelah bercuti bersalin 60 hari anak ketiga..Yang ketiga PUTERI juga..Apapun jantina ALHAMDULILLAH diberikan anugerah dariNYA..

Dan kali yang ketiga ini ibu dah perihatin pada diri sendiri sewaktu penjagaan dalam pantang..ibu beli set bersalin HPA ..alhamdulillah kalini xrisau anak terberak-berak jer..dan yang paling penting ibu x lemah sgt..ligat je dlm pantang kali ni..
dalam set bersalin HPA ada mcm2 produk.memang puas hati.

Ibu juga amalkan minuman Cocoa Collagen Power Plus(CCPP)  yang mungkin semua telah kenal..tapi pastikan yang original yer..baru betul- betul berkesan..Ibu amalkan CCPP ni selepas 3 minggu bersalin..alhamdulillah hasilnya sgt membuat ibu teruja dan yang paling penting ayah senyum sentiasa .. :-)..
kesan-kesan dari penggunaan CCPP(sendiri guna yer):-

*vagina kembali ketat walaupun anak yg ketiga ni.(semua bersalin normal)(Hubby senang hati)
*Susu badan memang sangat banyak..
*berat badan turun..
*payudara tegang walaupun x tinggi mcm ank dara dulu(adatlah kalau susu tu banyak kan)tp puas hati coz xperlu pakai bra up xnmpak jatuh sangat-sangat mcm bersalin yang dodulu.hehe.
*perut kembali kempis
*Badan sentiasa bertenaga
*perut tak rasa lapar sangat-sangat bila terlepas waktu makan yang sepatutnya(tak ingat lapar sampailah perut rasa pedih n senak coz angin gastrik menyerang)

kalau ada kesan yang lain nanti iBU QisQas inform k..

apapun jika berminat nak set bersalin HPA atau Set Cocoa collagen power plus ni jom add FB ibu:-
dapatkan dengan harga yang murah pada Ibu QisQas..

http://www.facebook.com/AsynaQisQas









'

Tuesday, January 10, 2012

Lamanya menyepi..Kembali berbloging..

assalamualaikum...

ibu dah lama sangat x update di blog ni yer..sekarang Ibu QisQas baru lepas melahirkan puteri yang ke tiga..alhamdulillah semuanya selamat...semoga hari ini menjadi langkah untuk ibu terus menulis bingkisan hati dan kenangan di blog ibu..
salam sayang..





'

MaRI-mAri