marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Sunday, April 29, 2012

Ibu Kemungkinan ada CYST ovari?

assalamualaikum..ibu duk penin mikir..td pi cucuk imunisasi SHARIFAH AUNI QASDINA untuk 6 bulan..sekejap sudah msa berlalu..dah leh bukak akaun ASB..hehe. ibu pulak sakit perut menjelma.SAKIT PERUT SANGAT-SANGAT DI BELAH KIRI HINGGA KE PINGGANG.sama je seperti yang sebelum sebelum ni..selalu pi klinik len sbb ni tapi Doc cuma bagi ubat angin.tp still sama jugak..so harini nak cobe tanya Doc di klinik Azzahrah..search td ada yg kata tu tanda masalah pada usus/kencing kotor.. bila dah di cek di Azzahrah tadi Doc tanya pasai period..yup ibu punyer period kembali datang dengan sakit Senggugut..(besalin Anak no.2 aritu dah hilang dah senggugut tu)... CEk punyer cek doc kater "Air kencing awak tak de masalah kotor atau terlebih protein".ibu lega.. ."tapi awak KEMUNGKINAN ADA CYST"urmm..ibu xtanya banyak coz ibu tau apa benda tu..tapi tersentap jugaklah bila mendengar."Awak menyusukan anak so xde ubat yang boleh diberi"tahan jelah sakit ibu yer...so Doc Arrange kan untuk temujanju buat Ultrasound di Hospital Azzahrah..tunggu jelah bila agaknya tu.. balik ibu terus jumpa Mr Google ..hihi..dan jumpa ni.






.:- FAKTA MENGENAI CYST :
 1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
 2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
 3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
 4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
 5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
 6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst. 
7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
 8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
 9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
 10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
 11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
 12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
 13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
 14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.( ini mungkin pembedahan yang aku perlu lakukan)
 15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
 16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
 17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun credit :ni

Tuesday, April 24, 2012

Bengkung Moden Murah dan senang dipakai

assalamualaikum


1-infrared 4 layer Slimming Belt
-*BENGKUNG MODEN 

CAPAI BENTUK BADAN ANDA YANG IDEAL DAN MENAWAN

Boleh dipakai bila-bila masa sahaja

** AKAN memecahkan lemak anda di dalam diam.

DIPERBUAT DARIPADA 4 LAPISAN

*NILON
* KAPAS
* FAR INFRARED

* Ada 4 zip-4 saiz pilihan anda(gunakan saiz yang tidak terlalu menekan perut dahulu)

* SAIZ PINGGANG HINGGA 39 INCI SAHAJA
*56-86CM
(maximum bagi pinggang 39" waist)

**Saiz pinggang : 56 – 86cm (22inch – 39inch)

* LELAKI DAN WANITA BOLEH MEMAKAINYA.

* IA TIDAK TERLALU LABUH SEPERTI BENGKUNG KAIN

* TIDAK GATAL,TIDAK LICIN ,SEDAP2 DI PERUT

RM 35.00

sila pm untuk pembelian yer/ SMS 0196514641

Samsung Galaxy mini ibu 'hang'/FORCE CLOSE

assalamualaikum
aduhai..ptang tadi nayli ngamuk suh bkak handphone.nguper nya Telefon ibu yg tomei a.k.a Samsung Galaxy Mini 'hang'..sikit sikit tergedik gedik mesej ni kuar sambil bergetor getor..(Vibrate):- "Sorry The application Samsung Home (process com.sec.android.app.twlauncher) has stopped unexpectedly. Please try again." aduh masak masak..ibu pun search le di mr Google..jumper macam macam cara..ada suruh itu ada suruh ini,,tp tak menjadi pun..ada yang kata kena pi re format di kedai..kena bayor RM 30 katenyer..melayang duit ibu(mentang-mentang esok nak gaji kan) ibu tak puas hati..
godek punyer godek akhirnya terjumpa le... terima kasih banyak pd incik tu..


TELEFON IBU KEMBALI SEPERTI BARU..semua Yang di download di Market Android hilang tp penuh bermakna coz SAmsung Ibu boleh guna laie..
dan yang paling ponting ibu tak perlu keluarkan duit ..yabeda bedu..:-) 
hihi kat sini ibu Kongsikan cara-caranyer yer..


1. Turn off the phone 
2. Press and hold Home Button ( middle ) + power on for at least 10 seconds 3. Android System Recovery Mode Appear 
4. There are 4 options 
- reboot system now 
-apply sdcard:update.zip 
-wipe data/factory reset
 -wipe cache partition 
 5. Move the options to " Wipe data / factory reset " using volume down ( - ) button and menu button to confirm, because the touchscreen doesn't work in reovery mode (Use the home to choose Yes) 
6. After the process done, phone will reboot. (It if does not, Choose "reboot system now") 
 Thanks: matrix69
 Thanks :JayDevil


selamat mencuba..jika tak faham tanya ibu yer.. :-)

Wednesday, April 18, 2012

Resepi Apam Polka Dot ~senang sangat~

assalamualaikum..
lmanya xngupdate blog ibu ni..ni ibu nak kongsi resepi apam polka dot yg ibu dapat dari majalah NUR..udah lama dah buatnyer..baru ada kesempatan nak bercerita sambil berkongsi..







 periuk kukus my MIL.. 

 filling/inti blueberry



Pic ni terselit disini..pop CAKE.//hehe



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )(30 biji paper cup Beso)

~3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
~275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)klau rsa xnk mnis sgt kurgkn guler 200gm jer tau
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**korang cri kat kedai juai bahan kek.jgn juz gi cri kat kedai kek shj
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai(ibu guna blueberry cidap..hehe..tp try guna jem..cayor jdnyer..
pewarna(water based)

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.ibu tau pasai ovalette ni pun coz ader dalam buku resepi kek lapis..:-)
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

hasil pengalaman tambahan IBU untuk buat apam polkadots.

1- Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah atau pecah

1. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Bungkus alat kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus(.ibu guna napkin yg bersih :-)

4. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

5.tp kalau apam keras korang just kukus jer balik tau..




MaRI-mAri