marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Wednesday, November 11, 2009

ADA APA PADA HPA??

Salam ukhwah,


Sebuah renungan...


Sekiranya mereka tahu mencari yang halal itu akan
membentuk hati-hati mereka, nescaya mereka
akan menghargai HPA.


Sekiranya mereka tahu perangai anak-anak mereka
terbentuk dari makanan yang dimakan, tentu mereka
akan memperjuangkan produk HPA.


Sekiranya mereka tahu kesihatan yang baik itu lebih
berharga dari emas dan batu permata, nescaya mereka
akan mencari herba dan penawar.


HPA menawarkan herba terbaiknya untuk kesihatan anda.
HPA juga menawarkan makanan harian yang halal dan
toyibba untuk suapan anda.


HPA meneroka produk yang dahulunya kita tak ada alternatif,
sekarang dah ada Radix Fried Chicken. Ia bukan sekadar cerita
ayam goreng. Ia adalah kisah dan simbolik perjuangan.


Sebelum ini kita disajikan ayam goreng amerika, gaya hidup
amerika. Orang kita meniru hampir ke semua budaya uncle sam
ini. HPA datang membawa perubahan. Tinggalkan budaya orang
lain, mari berbangga dengan hidangan kita. Ia bukan sekadar
cerita halal saja. Lebih dari itu, ia lebih baik, lebih berkhasiat
dan lebih mengingatkan insan pada Tuhan yang mencipta manusia
dan Tuhan yang juga mencipta ayam.


Orang berniaga, HPA juga berniaga tanpa riba. Bukankah Allah
mengisytihar perang pada pengamal riba. Tidakkah anda rasa nak
tolong syarikat yang menjalankan perniagaan. Tak terpanggilkah
kita untuk berperang dengan sistem riba, kerana sistem ribalah
ekonomi dunia hari ini bertukar menjadi kacau bilau.


Di HPA, perniagaan dikembangkan dengan keuntungan dari pembelian
ahli-ahli HPA. Tidak ada pinjaman bank riba untuk berjaya. HPA
mengekalkannya sehingga ke hari ini, tanpa riba, tanpa berperang
dengan Allah, insan akan lebih berjaya dan berjaya.


Sekiranya kita tidak menyambut tangan HPA ini, fikir-fikirkan lah. Apa
sumbangan kita pada ekonomi umat islam.


------------------------------


Kumpulan Raihan juga telah turut serta bersama HPA, bagaimana
dengan rakan, sahabat dan teman kita yang lain?





'



No comments :

Post a Comment

MaRI-mAri