marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Sunday, April 29, 2012

Ibu Kemungkinan ada CYST ovari?

assalamualaikum..ibu duk penin mikir..td pi cucuk imunisasi SHARIFAH AUNI QASDINA untuk 6 bulan..sekejap sudah msa berlalu..dah leh bukak akaun ASB..hehe. ibu pulak sakit perut menjelma.SAKIT PERUT SANGAT-SANGAT DI BELAH KIRI HINGGA KE PINGGANG.sama je seperti yang sebelum sebelum ni..selalu pi klinik len sbb ni tapi Doc cuma bagi ubat angin.tp still sama jugak..so harini nak cobe tanya Doc di klinik Azzahrah..search td ada yg kata tu tanda masalah pada usus/kencing kotor.. bila dah di cek di Azzahrah tadi Doc tanya pasai period..yup ibu punyer period kembali datang dengan sakit Senggugut..(besalin Anak no.2 aritu dah hilang dah senggugut tu)... CEk punyer cek doc kater "Air kencing awak tak de masalah kotor atau terlebih protein".ibu lega.. ."tapi awak KEMUNGKINAN ADA CYST"urmm..ibu xtanya banyak coz ibu tau apa benda tu..tapi tersentap jugaklah bila mendengar."Awak menyusukan anak so xde ubat yang boleh diberi"tahan jelah sakit ibu yer...so Doc Arrange kan untuk temujanju buat Ultrasound di Hospital Azzahrah..tunggu jelah bila agaknya tu.. balik ibu terus jumpa Mr Google ..hihi..dan jumpa ni.






.:- FAKTA MENGENAI CYST :
 1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
 2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.
 3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.
 4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.
 5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.
 6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst. 
7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.
 8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.
 9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.
 10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
 11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
 12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.
 13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
 14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.( ini mungkin pembedahan yang aku perlu lakukan)
 15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
 16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.
 17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun credit :ni

No comments :

Post a Comment

MaRI-mAri