marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Thursday, September 5, 2013

ADAKAH SAYA HAMIL??? TANDA-TANDA KEHAMILAN…. TAHNIAH!

tajuk je lebih..ibu xhamil lagi..
kalau hamil dah mengandung kali ke empat yer..(dah banyak kali rupanya yer untuk sang ibu yang berumur hampir 27 ni..)
sekarang ni ibu menghadapi simptom macam hamil..Alhamdulillah jika ada rejeki yer..



1. Mengidam 
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 
**ibu asyik nak makan seafood jer dua tiga hari ni**
2.Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
**2 minggu ni ayah asyik cakap ibu panas macam demam.padahal ibu tak rasa macam demam pun**
3. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 
**tak dapat nak di kesan sebab still BF sharifah auni qasrina(3rd princess) memang gelap sentiasa.haha**

4. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
**2minggu lepas dah period tapi cikit2 jer.tak banyak guna pad pun tak macam selalu.senggugut pun takder .seminggu lepas tu perut asyik kejang dan senak sampai sekarang(macam nak datang period jer)**

5. Kerap membuang air kecil 
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap
**yes.minggu ni ibu asyik tinggalkan kaunter semasa bekerja sebab kejarkan nak terkencing yang takleh ditahan(padahal baru 10 minit lepas pi kencing yer**
6. Keletihan 
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain. 
**minggu lepas ibu asyik letih ja.lemah badan.susah nak tido siang tapi tertido jugak **

7. Payudara melembut dan membengkak 
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 
**walau dah perah 15 minit yang lepas(ibu masih menyusukan SH.AUNI(3rd princess) breast ibu membengkak padahal takde susu pun.tegang jer**

8. Deria rasa berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka. 
**kurang nak makan ayam yang memang peberet ibu**

9. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam. 
**huwaaaa..ibu still muntah-muntah dan loya la ni**


10. Kembung perut. 
 Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
**Memanglah kembung perut sebab makan banyak sangat kot...  hehe...  ada je selera nak makan tapi tak banyak macam biasa.  Tapi sejak akhir-akhirnya banyak betul angin dalam badan.  Asyik nak kent*t je...  hehehe...  Sampai terasa angin bergelodak dalam perut ni...senak sangat rasanya.rasa nak nangis pun ada sakit sebab angin ni.  ke sebab salah makan..**

11.Tidak datang haid 
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
**baru lepas 26.8 haritu(tak tahulah period betul ke tak yer) kita tunggu date period seterusnya

12. Ujian kehamilan yang positif 
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, . Tahniah! 
**minggu sudah ibu dah pi cek kat klinik.doc kater awak mengandung kot.tp hasilnya....
Negatif - ve dan dotor suruh datang lagi 2 minggu yer**

p/s: ujian kehamilan sepatutnya dibuat selepas lewat kedatangan haid.mungkin sebabtu -ve kot..hahaha.ayat sedapkan hati..

kita tunggu ibu hupdate oktober nanti lah yer..atau mungkin lagi cepat...tunggu.. hahaha





1 comment :

MaRI-mAri