marilah jadi sahabatku...

KARNIVAL U I

.

Voting

Wednesday, April 18, 2012

Resepi Apam Polka Dot ~senang sangat~

assalamualaikum..
lmanya xngupdate blog ibu ni..ni ibu nak kongsi resepi apam polka dot yg ibu dapat dari majalah NUR..udah lama dah buatnyer..baru ada kesempatan nak bercerita sambil berkongsi..







 periuk kukus my MIL.. 

 filling/inti blueberry



Pic ni terselit disini..pop CAKE.//hehe



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )(30 biji paper cup Beso)

~3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
~275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)klau rsa xnk mnis sgt kurgkn guler 200gm jer tau
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**korang cri kat kedai juai bahan kek.jgn juz gi cri kat kedai kek shj
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai(ibu guna blueberry cidap..hehe..tp try guna jem..cayor jdnyer..
pewarna(water based)

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.ibu tau pasai ovalette ni pun coz ader dalam buku resepi kek lapis..:-)
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

hasil pengalaman tambahan IBU untuk buat apam polkadots.

1- Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah atau pecah

1. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Bungkus alat kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus(.ibu guna napkin yg bersih :-)

4. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

5.tp kalau apam keras korang just kukus jer balik tau..




No comments :

Post a Comment

MaRI-mAri